fbpx
Now Reading
Tak Dapat Teman Isteri Bersalin, Lelaki Hantar Voice Note Azan Untuk Anak

Tak Dapat Teman Isteri Bersalin, Lelaki Hantar Voice Note Azan Untuk Anak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Musim Covid-19 pasti memberikan pengalaman berbeza buat para ibu yang bersalin. Jika sebelum ini kebanyakan hospital membenarkan suami untuk berada disisi mereka sepanjang proses melahirkan, namun situasi pandemik merubah segalanya khususnya di hospital kerajaan.

Namun buat kaum ibu yang pernah melahirkan anak, pengalaman pernah melahirkan mungkin membantu mereka menempuhnya seorang diri namun buat ibu yang baru pertama kali melahirkan, pasti perkara ini akan memberikan sedikit kesan terhadap mereka.

Menerusi laman Twitter, seorang ibu muda,  @syazaajoee  yang baru sahaja melahirkan anak sulungnya telah berkongsi kepada orang ramai pengalamannya bersalin di musim Covid-19.

Suami tak boleh teman sebab Covid-19

Menerusi perkongsian tersebut, Syaza menjelaskan yang suaminya, Fahtul Razie tidak dapat bersamanya didewan bedah disebabkan Covid-19 justeru perantaraan antara mereka hanyalah menerusi aplikasi whatsapp.

Dia yang turut menyertakan tangkap layar perbualan mereka berdua turut menjelaskan perasaannya menjadi lebih takut selepas doktor yang dia terpaksa melahirkan anak sulung mereka secara caesarean.

Namun suaminya menerusi tangkap layar tersebut dilihat sedaya upaya memujuk dan memberi semangat kepadanya dari kejauhan.

Berbekalkan semangat dan dengan izin yang Maha Esa, Syaza kemudiannya selamat melahirkan anak sulungnya itu.

Malah dia berjaya melakukan kesemua urusan baik dari sebelum bersalin sehinggal selesai segalanya seorang diri seperti memandangkan prosedur hospital yang tidak membenarkan ada orang menemani ibu-ibu yang baru bersalin.

“Tapi paling sedih time , awak nak pergi tandas lepas bersalin atau minum apa apa semua buat sendiri , kira nya ibu-ibu melahirkan anak time covid-19 ni sangat la berdikari ” tulisnya lagi.

Suami siap hantar voice note

Yang menariknya mengenai perkongsian ini, Fahtul Razie yang berada di bawah dilihat mengambil inisiatif untuk menghantar voice note laungan azan suaranya untuk diperdengarkan kepada anak mereka.

Menerusi akaun Twitternya , Fahtul menjelaskan dia telah melaunkan azan berkenaan di kawasan umum kerana terlalu gembira apatah lagi ini merupakan anak pertama mereka.

Meskipun mengakui sedih kerana terpaka berjauhan dari isterinya sewaktu proses kelahiran tersebut, dia bagaimanapun berysukur dan begitu gembira sebaik menerima foto anaknya itu.

Buat Syaza pula, dia begitu gembira dan lega kerana dapat menempuh semua itu meskipun berseorangan.

“Sebagai seorang isteri dan ibu, saya rasa gembira selepas saya dapat menempuh waktu melahirkan tu seorang diri. ” katanya kepada Buzzkini.

Apa-apa pun perkongsian pasangan berkenaan nyata menarik perhatian orang ramai. Ramai yang turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan tidak kurang juga yang turut berkongsi pengalaman mereka.

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Syaza dan suaminya Fathul, jadi buat ibu bapa di luar sana yang sedang menantikan kelahiran bayi mereka dalam masa terdekat. Persiap sediakan mental dan emosi anda untuk mengharungi benda yang sama seperti mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.