fbpx
Now Reading
“Tukarlah Nama IG Tu” – Netizen Hujani Komen Desak Shuk Sahar Buang Nama Hot FM Di Akaun IG

“Tukarlah Nama IG Tu” – Netizen Hujani Komen Desak Shuk Sahar Buang Nama Hot FM Di Akaun IG

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peminat dunia hiburan pasti mengetahui yang pelawak dan pengacara Shuk Sahar semalam telahpun ditamatkan kontrak dan khidmatnya oleh stesen radio Hot FM.

Penamatan kontrak berkenaan diputuskan selepas pihak pengurusan Hot FM mendapati Shuk telah melanggar kontrak serta terma perjanjian.

“Selepas selesai siasatan dalaman mendapati berlakunya pelanggaran terma perjanjian oleh Shuk seperti yang sudah dipersetujui di dalam kontrak perkhidmatannya sebagai penyampai radio Hot FM” kata Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim yang turut memaklumkan keputusan berkenaan sudahpun dijelaskan kepada Shuk.

Laman IG ‘diserang’ netizen

Namun tidak sampai sehari, ruangan komen di posting terbaharu Shuk sudahpun dihujani dengan puluhan komen dari netizen.

Difahamkan ianya berikutan nama akaun Instagramnya yang masih lagi kekal menggunakan nama radio stesen berkenaan.

Ekoran dari itu mereka mula mendesak bekas penyampai radio berkenaan untuk menukar nama akaunnya dan membuang nama Hot FM.

Malah ada juga dikalangan mereka yang turut meminta Shuk untuk membuang perkatan ‘Hot FM DJ Announcer’ yang masih tertulis pada bahagian profilnya.

“Nama ig baru apa?”

Namun dalam masa sama, ada juga dikalangan nezien yang turut meminta orang ramai agar bertenang dan berhenti dari menghujani ruangan komennya dengan kata-kata sedemikian.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.