fbpx
Now Reading
Adik Ammar, Pesakit Leukemia Yang Mahu Jadi Polis Meninggal Dunia

Adik Ammar, Pesakit Leukemia Yang Mahu Jadi Polis Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Anak kecil menghidap penyakit leukemia tahap empat, Mohamad Ammar Dhani Mohd Azuan, 7 tahun, dari Pulau Pinang yang sebelum ini menjadi tular selepas dibawa menaiki kereta peronda polis (MPV) pada penghujung bulan lalu difahamkan telah meninggal dunia petang semalam.

Kabar duka tersebut dikongsikan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, yang memaklumkan Ammar meninggal dunia didi kediaman keluarganya di Bakar Kapor, Kepala Batas pada jam sekitar 6 petang.

“Jenazah kanak-kanak yang menghidap kanser tahap empat itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Bakar Kapor, Penaga, kira-kira pukul 10 pagi ini,” katanya.

ACP Noorzainy sekitar 22 Jan sempat menunaikan impian adik Ammar untuk menaiki MPV Foto : Bernama

Media tempatan pada 22 Jan lalu melaporkan, ACP Noorzainy Mohd Noor sebelum ini telah menunaikan impian Mohamad Ammar Dhani untuk menaiki MPV dengan membawanya meronda di sekitar kawasan berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah SPU .

Adik Ammar yang difahamkan mula menghidap kanser darah seawal usia dua tahun dan bercita-cita menjadi anggota polis dibawa bersiar-siar selama 10 minit sejauh kira-kira dua kilometer dengan MPV jenis Honda Civic.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.