fbpx
Now Reading
Rider FoodPanda Terkejut Terima Tips RM1K, Pelanggan Mohon Didoakan Cepat Dapat Zuriat

Rider FoodPanda Terkejut Terima Tips RM1K, Pelanggan Mohon Didoakan Cepat Dapat Zuriat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak penularan wabak Covid-19, kebanyakan masyarakat mula tersedar betapa pentingnya peranan mereka yang bergelar rider penghantaran khususnya makanan selain pasukan barisan hadapan.

Sehubungan itu, ramai yang mula mengambil inisiatif memberikan tips atau upah, ataupun sumbangan berupa makanan kepada mereka baik di rumah mahupun di tepi jalan.

Begitu juga yang terjadi kepada seorang rider Foodpanda, Muhammad Faris Faizul. Namun kisahnya sedikit berbeza dimana dia telah menerima wang saguhati atau tips sebanyak RM 1,000.

Dia yang berkongsi perkara berkenaan di grup Facebook FoodPanda Rider Malaysia jelas terkejut namun gembira dengan perkara berkenaan.

“Alhamdulillah rezeki petang tadi..terkejut macam nk melompat dari moto pon ade tadi..terharu dan rasa sedih.

“Syukur dalam gembira pon ade tadi sebab tak jangka nilai yg diberi sebanyak itu. Sebab selalu jugak customer bagi tips dalam sampul ni, cuma kalini terkejut bila bukak sampul tu” tulisnya di perkongsian tersebut.

Menerusi screenshot yang dikongsikan Faris, pelanggan tersebut pada mulanya telah menghantar mesej kepadanya dengan meminta pemuda berkenaan untuk meletakkan makana yang dipesan ke atas meja dan dalam masa sama untuk mengambil sekeping sampul yang diletakkan di bawah mangkuk di meja sama.

“Angkat mangkuk di atas meja putih, ada sampul, adik ambil ya”

Namun Faris sama sekali tidak menjangka wang yang bakal diterimanya di dalam sampul tersebut adalah sebanyak RM 1,000.

Menerusi satu lagi perkongsian dia yang terkejut dengan amaun tersebut kemudian dilihat menghubungi wanita berkenaan demi mendapatkan kepastian.

Jelas Faris, wanita itu ikhlas memberikan tips tersebut dan meminta supaya dia mendoakannya agar dikurniakan zuriat secepat mungkin.

“Kak betul ke ni. Sebab ada RM1k tu ? “

Faris dalam masa sama turut meminta rakan-rakan rider untuk turut mendoakan kakak tersebut agar dapat mendapat zuriat yang diinginkannya.

“Mohon kawan2 rider ku untuk doakan akak ni semoga cepat dapat zuriat dgn izin Allah S.W.T..In Sha Allah.” tulisnya lagi

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.