Ini Cara Daftar Vaksinasi COVID-19 Menerusi Aplikasi MySejahtera
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Umum rakyat Malaysia pasti tahu yang program imunisasi Covid-19 didalam negara akan bermula esok.
Bagi mereka yang ingin mendaftar sebagai penerima vaksin, program pendaftaran sudahpun bermula hari ini, 23 Februari 2021 dimana pendaftaran terpantas adalah menerusi aplikasi MySejahtera pada telefon pintar masing-masing.
Untuk mendaftar menggunakan aplikasi MySejahtera. Ikuti langkah-langkah di bawah :
1. Pastikan aplikasi MySejahtera sudah dikemaskini ke versi terbaharu
Pastikan aplikasi MySejahtera anda sudahpun dikemaskini ke versi terbaharu iaitu versi 1.0.28 . Jika belum segera ke App Store ataupun Play Store untuk mengemaskini aplikasi berkenaan
2. Buka aplikasi Tekan Covid-19 Vaccination
Jika semuanya sudah okay. Buka aplikasi MySejahtera dan pilih “COVID-19 Vaccination” di bahagian tab “MySejahtera”.
3. Pilih Vaccine For [Nama anda] semak info sebelum pilih sahkan
Sebaik memilih Covid-19 Vaccination, tekan “Vaccine for [Nama anda ]”.
4. Semak info dan tekan butang sah
Semak dan sahkan nama penuh dan nombor kad pengenalan anda. Sekiranya perlu membuat apa-apa perubahan tekan butang “Edit” di bawah kanan, atau tekan “Confirm” untuk mengesahkan maklumat tersebut.
5. Pilih OK dan tekan Close
Sebaik menekan butang OK anda menerima memo makluman oleh MySejahtera yang anda sudah melengkapkan fasa 1. Menerusi memo tersebut pihak mereka akan memberitahu anda sekiranya fasa seterusnya bermula.
6. Jawab 4 soalan yang dikemukakan.
Jawab semua soalan yang dikemukakan. kemudian tekan butang ok.
Selesai!
Sekadar makluman semua, kumpulan sasaran pemberian vaksin terbahagi kepada tiga fasa didahului oleh petugas barisan hadapan bermua esok sehingga April 2021 diikuti fasa-fasa seterusnya.
Anda boleh gunakan jadual di bawah sebagai rujukan :