fbpx
Now Reading
“Jangan Indahkan Ayat Riak Atas Nama Gurauan” – Ustazah Asma Tegur Grup FB Riak Apa Hari Ini

“Jangan Indahkan Ayat Riak Atas Nama Gurauan” – Ustazah Asma Tegur Grup FB Riak Apa Hari Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Kewujudan beberapa grup Facebook seperti Masak Apa Tak Jadi Hari Ini (MATJHI), Kelakar Apa Hari ini (KAHI) dan beberapa lagi grup kelakar kerap menjadi tumpuan pengguna Facebook dalam mendapatkan hiburan.

Dengan kandungan dan perkongsian yang menghiburkan dan menggelikan hati, ramai yang menyifatkan kehadiran grup sebegini mampu menghiburkan menceriakan hari mereka.

Terbaru muncul satu lagi grup baharu yang dikenali dengan nama Riak Apa Hari Ini. Meskipun baru sahaja beberapa hari ditubuhkan, grup ini sudahpun mendapat sambutan yang mengalakkan dari orang ramai sehingga berjaya meraih lebih 100,000 ahli baru hanya dalam 1 bulan.

Bergelar ahli didalam grup tersebut, penulis sendiri tidak menafikan banyak perkongsian di dalamnya benar-benar mencuit hati dan begitu menghiburkan. Ada sahaja keletah ahlinya yang akan membuatkan ada bergelak ketawa.

Namun dalam masa sama ada juga posting yang dilihat hambar dan kurang mendapat perhatian selain segelintir ahlinya yang dilihat berusaha keras menayangkan kemewahan yang dimiliki.

Antara posting yang membuatkan penulis ketawa

Antara perkongsian yang dilihat menarik dan menghiburkan ramai

Antara perkongsian yang dilihat menarik dan menghiburkan ramai

Namun disebalik semua ini, siapa sangka ada yang terlepas pandang. Penggunaaan nama ‘riak’ pada grup yang digunakan pentadbir kumpulan ini telah menarik perhatian pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun.

Tarik perhatian Ustazah Asma’

Menerusi satu perkongsian di akaun Facebooknya, Ustazah Asma’ mengingatkan pengendali kumpulan tersebut untuk tidak menggunakan perkataan riak meskipun untuk tujuan bergurau.

Jelas beliau penggunaan nama itu disifatkan mengindahkan perbuatan riak justeru sebaik ditukar nama atau ditutup terus kumpulan berkenaan.

Pelbagai kemungkaran dan dosa dihalalkan atas nama gurauan

“Mohon admin group ‘Riak Apa Hari Ini’ boleh tukar tajuk atau tutup terus. Pelbagai kemungkaran dan dosa sedang dihalalkan atas nama gurauan.

“Perbualan bebas bergurau senda lelaki perempuan, dedah aurat sebab nak tunjuk putih melepak dan emas sampai lengan, tunjuk harta dengan kepsyen riak tapi kata gurau dan lain-lain yang sangat aib. Jangan indahkan perkataan keji riak atas nama gurauan,” kata beliau lagi.

Dijengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat bersetuju dengan nasihat terbuka yang diberikan beliau. Tidak kurang juga yang mengakui terlepas pandang dengan perkara sedemikian

Semoga diberikan kesedaran buat kita semua

Terima kasih atas teguran ustazah

Respon admin RAHI – “kekalkan nama grup”

Terbaru ini respon yang baru kami temui di grup berkenaan.

“Selepas berbincang dengan creator, kami akan kekalkan nama grup. Cuma pada yang yang rasa berdosa nak duduk (dalam grup) boleh la keluar” tulis salah seorang pengendali grup berkenaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.