fbpx
Now Reading
Rempuh Van Hingga Terbalik, Pemandu Myvi Ditahan Polis [Video]

Rempuh Van Hingga Terbalik, Pemandu Myvi Ditahan Polis [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Sejak semalam tular sebuah video rakaman dashcam kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi dan dua kenderaan lainnya dipercayai berlaku di Bukit Kinrara, Puchong.

Menerusi video tersebut, Myvi Oren berkenaan dilihat memandu dalam keadaan  secara melulu dan laju sehingga akhirnya merempuh sebuah van dan sebuah Proton Waja.

Malah seorang penunggang motosikal turut nyaris menjadi mangsa apabila berada beberapa meter di belakang van tersebut.

Impak yang kuat menyebabkan van berkenaan terbalik beberapa kali manakala Waja dan Myvi berkenaan remuk teruk.

Pemandu van parah dan sedang dirawat di Hospital

Akibat dari perlanggaran itu juga, pemandu van berkenaan difahamkam mengalami kecederaan yang parah.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, pemandu van tersebut kini ditempatkan di zon merah Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

“Setakat ini, butiran pemandu van itu masih belum diperoleh daripada pihak hospital dan siasatan lanjut masih dijalankan.” kata beliau.

Disebalik video : Pemandu Myvi difahamkan sudah ditahan polis bagi membantu siasatan. Dia sebelum ini difahamkam cuba melarikan diri sebelum berjaya ditahan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

Malah turut tular beberapa lagi video yang dirakam orang awam dimana pemandu Myvi berkenaan dilihat cuba melarikan diri.

Apa kata polis : Pemandu Myvi sudah ditahan selepas cubaan melarikan diri.

“Pemandu Myvi itu dikatakan cuba melarikan diri dan ditahan orang awam yang kemudian diserahkan kepada polis.

“Lelaki itu dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSJT) Serdang untuk tindakan susulan.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati pemandu Myvi itu negatif dadah.. akan menjalankan ujian alkohol terhadap lelaki itu yang didapati tiada rekod jenayah.

“Kita akan mohon reman terhadap suspek mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata Superintendan Azman Shari’at dalam satu kenyataan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.