Dentist Di India Kongsi Tips & Pengalaman Selepas Terima Suntikan Vaksin Dos Pertama Covid-19

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Umum pasti mengetahui yang program imunisasi Covid-19 didalam negara sudahpun bermula hari ini selepas bekalan vaksin yang ditunggu sudahpun tiba beberapa hari lalu.

Namun disebalik pelancaran program, tersebut masih timbul beberapa persoalan di kalangan orang ramai mengenai impak negatif dari menerima vaksin tersebut.

Merasakan perlu berbuat sesuatu, seorang doktor gigi Malaysia yang kini berkhidmat di India menerusi akaun Twitternya tampil berkongsi tips dan pengalamannya selepas dia mengambil vaksin berkenaan di sana pada Sabtu yang lalu.

Beliau secara ringkasnya telah berkongsi beberapa jenis vaksin yang digunakan untuk Covid-19 antaranya Pfizer yang baru sahaja tiba di Malaysia serta beberapa jenis lagi Covaxin, Covishield (Astra Zeneca), Moderna dan lain-lain.

Apa beza pfizer dan Covishield? Vaccine ni?

Pfizer menggunakan messenger RNA manakala Covishield pula guna viral vector. Cara penyimpanan vaccine ni pun berbeza. Antara sebab India pilih Covishield sebab India boleh handle dengan cara nak simpan vaccine ni.

Pengalaman terima vaksin

Ok sekarang saya nak ceritakan pengalaman dapatkan Vaccine haritu. Starting from 1 February, India memulakan program vaccination percuma untuk frontliner workers.

Menerusi perkongsian berkenaan, Dr Syazwani turut berkongsi beberapa video di hari beliau mengambil vaksin berkenaan.

Vaccine time!

Sakit tak?

Sejujurnya, tak langsung. Macam yg saya cakap kat atas, rasa dia macam kita inject masa sekolah dulu. Lepas tu dia letak cotton kat situ. Nurse pesan jangan tonyoh kuat kuat dekat tempat injection tu (takde motif pun nak tonyoh)

Ok now.. how did I feel post-vaccinated?

Sebelum tu, just for reminder ada beberapa TEMPORARY side effects yang biasa dialami selepas vaksin macam:

  • pening kepala
  • keletihan
  • rasa tak sedap badan
  • muscle ache
  • demam

“Semua ni ialah short-lived flu-like symptoms.”

Lagi satu yang common ialah, rasa sakit kat tempat injection. Ini pun biasa juga. Kesemua symptoms ini boleh jadi within sehari ke seminggu lepas vaccinated.

Kenapa ada symtoms semua ni?

Symptoms macam ni NORMAL sebab badan kita tengah hasilkan antibody baru dan kuatkan immune system badan kita. Jadi masa saya ambil tu memang dah get ready je untuk develop symptoms tu.

Awal awal lepas vaccine tu tak rasa apa apa lagi. Ok je. Saya start rasa symptom waktu malam. Start dengan rasa tak sedap badan, lepas tu saya demam.

Esoknya disebabkan hari tu hari ahad, seharian tu memang rehat kat rumah je. Sebab rasa chills demam dan rasa lenguh badan. Tapi semua ni slow2 beransur pulih dan malam ahad tu saya dah getting better. Rasa okay dah.

Tips selepas terima suntikan vaksin

Tips yang saya nak kongsikan, lepas vaccinated tu pastikan dapat rehat secukupnya, minum air, mandi dan tidur awal. Make sure badan hasilkan melatonin secukupnya dengan tidur awal (jam 9/10 malam).

Kita kena bagi kerjasama dengan badan yang tengah hasilkan antibody yang baru. The next day hari Isnin tu, bangun pagi dah rasa so much better. Saya boleh bertugas di klinik macam biasa. Tak ambil leave and cergas je jumpa patients. Alhamdulillah.

Kesimpulannya, korang jangan lah takut nak ambil vaccine ni. Macam yang saya tulis kat atas, side effects tu boleh ada tapi ia TEMPORARY.

Jom kita spread awareness pasal vaccine ni dan buang rasa skeptikal dengan COVID vaccine. @DrAmalinaBakri pun dah dapat pfizer.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago