fbpx
Now Reading
KPM Beri Kelonggaran, Benarkan Murid Pakai Baju Biasa Hingga 26 Mac

KPM Beri Kelonggaran, Benarkan Murid Pakai Baju Biasa Hingga 26 Mac

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai pakaian biasa sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan 2021.

Menurut mereka kelonggaran tersebut diberikan bermula dari 1 Mac hingga 26 Mac depan.

Foto : Berita Harian

“KPM menerima banyak pertanyaan daripada ibu bapa mengenai peraturan pemakaian pakaian seragam sekolah apabila sesi persekolahan dibuka kelak. “Untuk makluman, murid perlu memakai pakaian seragam untuk hadir ke sekolah seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983: Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah.

“Bagaimanapun, mengambil kira keadaan semasa, KPM ingin memaklumkan murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah,” katanya hari ini.

Jelas mereka lagi, dengan kelonggaran ini KPM berharap ianya akan membolehkan semua murid kembali hadir ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.