fbpx
Now Reading
PM Jadi Individu Pertama Terima Suntikan Vaksin Covid-19 Di Malaysia

PM Jadi Individu Pertama Terima Suntikan Vaksin Covid-19 Di Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebentar tadi telah menjadi individu pertama di dalam negara yang telah menerima suntikan vaksin Pfizer BioNtech bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Prosedur berkenaan dilakukan di Pejabat Kesihatan Wilayah Persekutuan Putrajaya Presint 11, yang merupakan salah satu dari 500 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan dikendalikan Ketua Jururawat pejabat kesihatan itu, Lina Ibrahim.

Selain beliau, turut sama menerima suntikan ialah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang selesai menjalani prosedur pada 2.52 petang sebagai individu ketiga menerima suntikan di Malaysia.

Dengan suntikan ini bermakna Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula secara rasmi hari ini.

Ingin mendaftar sebagai penerima vaksin? Baca tips kami di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.