fbpx
Now Reading
Honda Malaysia Anjur Kempen ‘1 Million Dreams’, Tawar 7 Model Edisi Khas Untuk Dimenangi

Honda Malaysia Anjur Kempen ‘1 Million Dreams’, Tawar 7 Model Edisi Khas Untuk Dimenangi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Honda Malaysia sebentar tadi baru sahaja melancarkan’1 Million Dreams Campaign’ secara maya sebagai meraikan perjalanan mereka dalam mencapai jualan 1 juta unit kenderaan di dalam negara.

Kempen berkenaan juga sebagai usaha menghargai rakyat Malaysia di atas sokongan padu mereka terhadap syarikat itu sejak penubuhannya.

1 Milion Dreams Campaign adalah inisiatif Honda Malaysia sebagai tanda terima kasih kepada semua pelanggan kami ” kata Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Toichi Ishiyama.

Yang menariknya, bersempena dengan kempen tersebut Honda turut menawarkan 7 model Honda Edisi Khas ‘1 Million Edition’ untuk rakyat Malaysia yang bertuah.

“Bersempena dengan kempen ini Honda Malaysia akan menawarkan tujuh buah model Edisi ‘1 Million Edition’ iaitu Jazz, City serba baharu, BR-V, HR-V, Civic , CR-V Baharu dan Accord.

“Bagi pihak Honda Malaysia saya ingin menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai kempen ini dan merebut peluang untuk menjadi salah seorang daripada tujuh pemenang bertuah yang bakal membawa pulang model Edisi Khas” kata beliau lagi.

Bunyi yang agak menarik bukan? Peraduan ini akan berlangsung dari 25 Februari sehingga 24 Mac 2021.

Pemenang bagi peraduan ini pula akan diumumkan pada Grand Finale yang di dijangka berlangsung pada Mac 2021.

Untuk lebih mengetahui cara memenangi salah sebuah model edisi terhad ini tonton video di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.