fbpx
Now Reading
Foto Tular Motor Harley Davidson Disaman Bukan Sebab Ekzos Tapi No Plat Fancy

Foto Tular Motor Harley Davidson Disaman Bukan Sebab Ekzos Tapi No Plat Fancy

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami


Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan satu foto tular di laman Instagram yang kononnya sekumpulan penunggang motosikal Harley-Davidson disaman kerana ekzos bising.

Sebaliknya, penunggang motosikal berkuasa tinggi itu disaman di atas kesalahan menggunakan nombor plat pendaftaran jenis ‘fancy’.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menjelaskan, mereka dikenakan saman sewaktu operasi JSPT Kuala Lumpur bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 20 Februari 2021, sabtu lalu.

“Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mendapati satu gambar telah tular di media sosial mengaitkan tindakan saman atas kesalahan ekzos bising pada motosikal jenis Harley Davidson.

“Gambar itu jelas disalah tafsir kerana tindakan saman ke atas penunggang adalah bagi kesalahan nombor pendaftaran ‘fancy’ dan bukan kesalahan ekzos bising,” kata kenyataan itu lagi.

Guna aksesori mengikut spesifikasi asal keluaran kilang bukan kesalahan

Tambah kenyataan itu lagi, tidak menjadi suatu kesalahan mana-mana kenderaan untuk menggunakan peralatan dan aksesori mengikut spesifikasi keluaran asal kilang melainkan ianya diubahsuai tanpa mendapat kelulusan JPJ.

Ini sekaligus menafikan dakwaan orang ramai bahawa pemilik motorsikal berkuasa tinggi itu disaman disebabkan ekzos standard mereka yang memang sedikit berbunyi.

“JSPT ingin menegaskan mana-mana kenderaan yang menggunakan peralatan dan aksesori mengikut spesifikasi keluaran asal kilang adalah tidak melakukan kesalahan.

“Walau bagaimanapun, jika terdapat pengubahsuaian dilakukan tanpa mendapat kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah satu kesalahan dan boleh diambil tindakan undang-undang,” katanya.

Katanya lagi, semua pengguna dan pemilik kenderaan diminta mematuhi peraturan dan undang-undang supaya tidak melakukan pengubahsuaian tanpa kebenaran demi memastikan keselamatan dan keselesaan awam.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.