fbpx
Now Reading
Simpan Duit Berkarung Hasil Cuci Pinggan

Simpan Duit Berkarung Hasil Cuci Pinggan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


“Berdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit”, ini yang situasi yang dapat digambarkan buat seorang warga emas yang berasal dari Indonesia ini.

Kisah Biyok, 81 yang menetap di Padang Kaduduak di Payakumbuh Utara Sumbar, Sumatera Barat menjadi tular dan sohor di Indonesia selepas dia dikatakan berjaya menyimpan wang berkarung-karung hasil dari pekerjaan mencuci pinggan yang dilakukannya.

Dikenali sebagai seorang yang hidup bersederhana, Biyok atau turut dikenali sebagai Palyuri pada mulanya telah dikunjungi oleh ketua kampung, Musleniyetti yang datang untuk membantunya mengemas pakaian hasil sumbangan orang ramai.

Namun sewaktu sedang mengemas rumah tersebut, Musleniyetti telah terjumpa satu karung berisi wang. Dia yang pada mulanya merasakan ia adalah perkara biasa bagaimanapun kemudiannya terkejut selepas menemui lebih banyak karung berisi wang yang berisi di antara 100 rupiah (kira-kira RM0.02 sen) sehingga 100,000 rupiah (kira-kira RM28) di rumah itu.

Kerana terlalu banyak wang yang dijumpai, Musleniyetti kemudiannya terpaksa meminta bantuan orang lain untuk sama-sama mengira duit itu.

Terpaksa minta bantuan 16 orang untuk bantu mengira

Mereka kemudian mula mengeluarkan barangan yang terdapat di dalam rumah berkenaan sebelum terjumpa lebih banyak wang yang berselerak di rumah warga emas tersebut.

Pada mulanya lapan orang membantu mengira wang berkenaan sebelum ditambah menjadi 16 orang.

“Di lantai, dalam lipatan kain, bawah bantal dan tilam, duitnya ada di merata-rata,” kata Musleniyetti.

Mereka terpaksa menghabiskan masa seharian untuk mengemas rumahnya termasuk mengumpul dan mengira kesemua wang berkenaaan.

Berjaya kumpul RM 23,000

Meskipun belum habis dikira, wang yang terkumpul sudah pun mencecah 80 Juta Rupiah, atau kira-kira RM 23,000

“Kita masih mengumpulkannya. Ada lagi lima karung yang belum dikira, setakat ini yang kita sudah kira adalah wangnya berjumlah 80 juta rupiah (kira-kira RM23,000),” katanya.

Difahamkan Bilyok yang hidup berseorangan dan tidak berkahwin dipercayai sudah mula menabung sejak tahun 90an memandangkan banyak ditemui wang lama di dalam simpanannya.

Dia juga begitu dikenali sebagai seorang yang berjimat cermat, rajin bekerja dan tidak suka meminat bantuan dari masyarakat setempat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.