Tersangkut Di Lampu Isyarat, Waja Rempuh 2 Kenderaan Elak Ditahan Polis [Video]
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Sejak petang tadi tular satu rakaman video aksi sebuah Proton Waja dinaiki dua lelaki merempuh kenderaan lain di hadapan dan belakangnya dalam percubaan meloloskan diri dari ditahan pihak polis.
Menerusi video tersebut, kereta terbabit dilihat enggan membuka pintu dan berhenti walaupun diarahkan oleh dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Mereka kemudian cuba melarikan dengan merempuh dua kenderaan dihadapan namun tidak berjaya. Dua anggota polis itu dalam masa sama dilihat cuma membuka pintu kereta berkenaan namun tidak berjaya.
Enggan menyerah, suspek kemudian bertindak agresif dengan mengundurkan keretanya ke belakang sebelum sekali lagi merempuh Perodua Myvi dan sebuah lori yang menghalang laluannya.
Polis kemudian terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar kenderaan suspek dalam cubaan menahan mereka.
Mereka bagaimanapun berjaya meloloskan diri selepas beberapa kali merempuh dua kenderaan tersebut.
Menurut laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, kejadian berlaku di atas flyover dari Tol Sg Buloh/Sieramas menghala ke Sri Damansara.
Ia turut tular di laman Twitter selepas dikongsikan seorang pengguna, Anthraxx.
Waja berkenaan bagaimanapun kemudiannya berjaya ditemui di kawasan berhampiran MRT Damansara Damai. Kedua-dua suspek bagaimanapun berjaya meloloskan diri ke kawasan belukar berhampiran