fbpx
Now Reading
Jadi Meme & Digelar ‘Tony Stark’ Tiruan, Wak Doyok Teruk Dibahan Netizen AS

Jadi Meme & Digelar ‘Tony Stark’ Tiruan, Wak Doyok Teruk Dibahan Netizen AS

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peminat dunia hiburan dan fesyen pasti cukup kenal dengan nama Wak Doyok. Dia yang merupakan usahawan juga personaliti fesyen amat dikenali dengan penampilan berjambangnya dan pakaian yang ‘dressed to kill’

Namun nama Wak Doyok beberapa hari ini menjadi sebutan selepas dia dikatakan menjadi ‘bahan’ kiritikan dan kutukan oleh netizen dari Amerika Syarikat.

Dijengah ke laman instagram Wak, rupa-rupanya perkara tersebut turut sudah dikongsikannya beberapa hari lalu.

Menerusi foto tersebut, ada pihak disana yang menyunting imej Wak atau nama betulnya Mohd Azwan Md Nor dengan mengaitkannya dengan watak superhero Marvel, Iron Man yang turut dikenali sebagai Tony Stark.

Menggunakan tagline ” When you order Tony Stark “, foto tersebut seolah menyifatkan wak sebagai Tony Stark tiruan .

Apa sebenarnya yang terjadi?

Difahamkan foto tersebut telah dimuat naik di ruangan komen sebuah posting di Grup Facebook, Upbadge Slut Shaming yang kerap mengritik individu yang suka mengubahsuai kenderaan.

Posting yang kami maksudkan adalah di bawah, foto dimana Wak yang mengenakan Sut dan dilihat memegang sebuah senapang sambil berposing di hadapan keretanya.

“Love the Shelby Bro”

Namun komen didalamnya kemudian mula bersimpang dari topik ubah suai kereta sebaliknya lebih mengaitkan imej Wak yang dilihat seakan menyamai Tony Stark. Mereka kemudian mula membahan pengubahsuaian kereta Wak, imejnya malahan senjata yang digunakannya yang disifatkan palsu.

Antara komen :

“Tommy Stark aka Aluminium Man”

Komen demi komen akhirnya terhasillah foto meme tersebut.

Apa kaitan dengan tagline Off Wish.com?

Buat anda yang tidak tahu Wish.com adalah sebuah laman e-dagang sama seprti Amazon dan Ebay.

Namun barangan mereka difahamkan kerap dikaitkan dengan barangan kurang bermutu atau ‘indah khabar dari rupa’

Justeru foto suntingan tersebut adalah simbolik seolah sesiapa yang membeli Tony Stark secara online di laman berkenaan sebaliknya akan menerima Tony Stark versi Wak Doyok dan bukannya Tony Stark yang original.

Wak tetap kool dan tenang walaupun disindir

Wak bagaimanapun dilihat tenang dan kool meskipun teruk menjadi bahan disana. Malah dia dilihat berseloroh dengan melakukan tagging dan mengadu kepada Robert Downey Jr. yang memainkan watak Tony Stark.

“Rober Downey Jr. tengok orang bahan aku dekat Facebook USA ” tulis Wak secara santai.

Apa-apa pun chill Wak! Netizen dari negara mana pun sama je, semua memang kuat membawang.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.