fbpx
Now Reading
Samsung Lancar Galaxy M62 Dengan Bateri 7,000 Mah Pada Harga RM 1,999

Samsung Lancar Galaxy M62 Dengan Bateri 7,000 Mah Pada Harga RM 1,999

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekitar minggu lalu, Samsung telah pun mengumumkan peranti terbaharu mereka, Galaxy M62 bakal dilancarkan untuk pasaran tempatan bermula 3 Mac.

Terbaru, peranti dengan bateri besar berkapasiti 7,000 Mah itu sudahpun dilihat dipromosikan di laman e-dagang seperti Lazada dengan tanda harga RM1,999.

Dijangka dilengkapi skrin 6.7-inci AMOLED dengan resolusi FullHD+, janaan cip pemproses sama seperti Note 10 iaitu Exynos 9825 serta gandingan 6GB RAM dan 128GB storan, peranti yang mempertaruhkan bateri besar ini pasti menarik perhatian ramai peminat Samsung.

Namun yang menariknya, sempena pelancaran M62 yang jatuh pada 3/3 Samsung telah akan membuat tawaran hebat untuk pelanggannya, dimana peranti ini dapat dibeli dengan harga RM1,799 menerusi laman rasmi mereka di Lazada.

Buat anda yang berminat untuk menempah mungkin boleh teruk ke laman Lazada mereka di sini

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.