fbpx
Now Reading
“Mohon maaf atau saman” -Isteri Difitnah Lepas Tular Kisah Anak Persis Orang Korea, Lelaki Ini Beri 5 Hari Kepada Pemfitnah

“Mohon maaf atau saman” -Isteri Difitnah Lepas Tular Kisah Anak Persis Orang Korea, Lelaki Ini Beri 5 Hari Kepada Pemfitnah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular kisah seorang lelaki yang kerap berkongsikan video wajah comel anak-anaknya yang dilihat mempunyai wajah persis kanak-kanak Korea.

Mula dikongsikan di laman TikToknya, kisah tersebut kemudian mula mencuri tumpuan ramai sehinga sohor ke laman media sosial lainnya termasuk Facebook memandangkan ramai beranggapan wajah comel si anak mirip aktres-aktres cantik dari negara yang terkenal dengan muzik K-pop itu.

Menjawab pertanyaan netizen, pemilik akaun tersebut, Azirul Othman yang juga seorang anggota polis kemudian menjelaskan teorinya dimana ia mungkin disebabkan rutin si isteri sewaktu mengandung yang hampir setiap hari menonton program popular di sana iaitu Running Man sehingga anaknya ‘terkenan’ .

@bapaknsuami0rang

Reply to @mutyaulfanurdin

♬ original sound – Bapak&SuamiOrang

Muncul mulut-mulut jahat

Namun siapa sangka disebalik kegembiraan lelaki ini berkongsi video-video anaknya, muncul mulut-mulut jahat di kalangan netizen yang menuduh secara membuta tuli dan menabur fitnah yang tak masuk akal kononnya wajah comel ala-ala korea si anak bukan disebabkan dari menonton rancangan dari negara tersebut sebaliknya si isteri melakukan aktiviti tidak bermoral di belakangnya.

Fitnah-fitnah biadap tersebut kemudian sampai ke pengetahuan Azirul selepas dia mula melayari akaun Facebooknya.

Enggan berdiam diri mahu pelaku memohon maaf

Enggan berdiam diri melihatkan maruah isteri dan keluarganya ‘dipijak’ begitu sekali, Azirul malam tadi telah, memuat naik satu video di TikTok memberi amaran kepada netizen dan pelaku-pelaku fitnah untuk membuat permohonan maaf kepadanya dan isteri

“Saya beri tempoh sehingga 5 Mac, 5 hari sahaja (buat permohonan maaf). Jika tidak saya akan buat laporan polis kerana bukti saya dah ada.

“Saya tak teragak untuk menyaman kerana ini telah menyebabkan maruah saya dan keluarga saya dipandang hina.

“Kalau tidak perkara ini akan dilanjutkan ke mahkamah” katanya lagi menerusi video tersebut.

@bapaknsuami0rang

Tolong panjang video ni sahabat2 sekalian.Tempoh 5hari sahaja jika tidak..Faham2 lah sendiri..#diam2UbiBerisi

♬ original sound – Bapak&SuamiOrang

Mengakui beliau dan isteri kini sedikit tertekan, Azirul sama sekali tidak menjangka niatnya berkongsi perkara berkenaan selepas disoal pengikutnya di TikTok disalah ertikan sesetengah netizen khususnya di Facebook sehingga keluarganya dihina sebegitu rupa.

Foto Azirul bersama anak-anaknya

” Lepas saya buka Facebook, ramai orang baik kenalan dan orang luar yang ‘tag’ dan kongsikan kepada saya komen-komen tersebut. Lepas baca terus down perasaan saya sebagai bapa” katanya kepada BuzzKini

Beliau dalam dalam masa sama turut berkongsi beberapa screenshot dari puluhan komen berunsur fitnah dan biadap yang dilemparkan netizen terhadap keluarga khususnya si isteri.

Beri peluang sehingga 5 Mac kepada pemfitnah

Tambah anggota polis itu lagi, dia akan memberikan peluang sehingga 5 Mac ini untuk semua pemfitnah berkenaan untuk menghubunginya secara DM atau berdepan tindakan selanjutnya.

Malah dia juga sudah ditawarkan perkhidmatan guaman secara percuma oleh beberapa peguam yang sedia untuk mengambil tindakan terhadap mereka.

“Ramai peguam yang DM saya menawarkan diri untuk menolong saya secara percuma. Tengoklah macam mana nanti. Saya beri masa kepada mereka hingga 5 Mac ini dulu”

Jadi buat anda di luar sana yang ada sudah tersilap kata dan sebagainya, segeralah tampil membuat permohonan secara terus ke akaun Facebook beliau dan sertakan video permohonan tersebut kepada beliau.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.