fbpx
Now Reading
Pergerakan Dari KL/Selangor Ke Putrajaya Perlu Kebenaran Polis

Pergerakan Dari KL/Selangor Ke Putrajaya Perlu Kebenaran Polis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Petang semalam Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah mengumumkan bahawa PKP di Kuala Lumpur dan Selangor akan ditamatkan dan digantikan dengan PKPB bermula 5 Mac ini.

Tambah beliau, pergerakan rentas daerah juga sudah dibenarkan di semua negeri kecuali Sabah bermula 5 Mac ini selepas tiada lagi negeri berstatus Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berbaanding di negeri-negeri lain, sama seperti PKPB 1.0, Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah dianggap satu zon. Jadi sebarang pergerakan sepatutnya adalah dibenarkan.

Namun memandangkan status WP Putrajaya ketika ini adalah PKPP (Pemulihan), sebarang pergerakan antara Kuala Lumpur dan Selangor ke Putrajaya dan sebaliknya adalah tidak dibenarkan dan masih memerlukan kebenaran polis.

Walaubagaimanpun menurut beliau, pengecualian akan diberikan kepada mereka yang bekerja dan mempunyai surat majikan.

“Ini bagi melindungi Putrajaya daripada penularan Covid-19.

“Pergerakan rentas antara Selangor ke Kuala Lumpur adalah dibenarkan kerana kedua-duanya berstatus Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.