fbpx
Now Reading
Bakal Genggam Ijazah, Gadis Bangga Kumpul 6 Baju Kerja Sambilan Demi Timba Pengalaman

Bakal Genggam Ijazah, Gadis Bangga Kumpul 6 Baju Kerja Sambilan Demi Timba Pengalaman

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Bergelar seorang pelajar universiti, antara rutin yang biasa dilakukan sewaktu cuti semester dengan bekerja secara sambilan.

Meskipun ramai yang melakukannya atas dasar mencari wang tambahan, namun ada juga yang sekadar mahu menimba pengalaman.

Baru-baru ini , seorang pelajar menjadi tular di Tik Tok selepas dia berkongsi video memperlihatkan dirinya mengenakan uniform kerja dari enam syarikat berbeza.

Nurin Alina Abdul Halim atau lebih mesra disapa Nurin yang berasal di Kota Damansara bagaimanapun tidak menyangka videonya yang mengambil inspirasi paparan fesyen baju bertukar-tukar menjadi tular.

Queen of Part timer

Ianya juga secara kebetulan selepas dia terjumpa semua baju-baju tersebut sewaktu sedang mengemas biliknya.

Menurut Nurin, dia sudah mula bekerja secara sambilan sejak berusia 18 tahun lagi. Malah, boleh dikatakan setiap kali cuti semester Nurin pasti akan menggunakan masa yang ada dengan melakukan kerja sambilan demi menambah pengalaman.

Jelasnya pengalaman-pengalamn tersebut sangat berguna untuk hari-hari mendatang.

Menerusi laporan mStar Nurin sebelum ini pernah bekerja di beberapa syarikat seperti Jakel di Kuala Terengganu, Texas Chicken dan Nandos di One Utama, McDonald’s Bandar Utama, Kyochon Setia City Mall dan Ikea di Damansara.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.