fbpx
Now Reading
Pemandu Treler Langgar Jejambat SUKE Runtuh Positif Dadah

Pemandu Treler Langgar Jejambat SUKE Runtuh Positif Dadah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam negara dikejutkan dengan kejadian jejambat runtuh dari tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Desa Tun Razak.

Kejadian tersebut yang berlaku lewat petang semalam mengakibatkan dua mangsa yang terperangkap maut manakala tiga lagi cedera parah selepas van kilang yang dinaiki mereka terperangkap disebalik runtuhan berkenaan yang berpunca dari sebuah treler yang dipercayai terlebih muatan.

Polis kemudian bertindak menahan pemandu treler berkenaan yang berusia 40 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Didapati positif dadah

Terbaharu pagi ini, polis memaklumkan pemandu tersebut didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, ujian saringan awal urin terhadap suspek dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

“Pemandu itu akan ditahan reman di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pemandu van kilang bengak pada paru-paru dan alami pendarahan dalaman

Tambah beliau ekoran dari insiden itu, salah seoarang mangsa yang terperangkap iaitu pemandu van kilang, Muhd Fairus Mohd Yusof, 47, patah tulang bahu kiri, bengkak pada paru-paru dan mengalami pendarahan dalaman.

“Dua lagi penumpang van terbabit, iaitu Zaitun Zainal, 54, cedera kaki kiri, manakala Zakiyyah Yakop, 51, pula cedera betis kiri.

“Mangsa yang meninggal dunia ialah Nurina Edwin Abdullah, 47, dan Norhayati Abdullah, 42,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Treler langgar kerangka besi hingga rusuk keluli terjatuh

Tambah Zulkefly, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika treler itu melalui Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

“Sebaik tiba di lokasi, treler berkenaan melanggar kerangka besi pada pembinaan di jejantas pejalan kaki dan menyebabkan rusuk keluli bersama perancah besi terjatuh di kedua-dua laluan MRR2 sebelum menghempap van kilang yang bergerak dari laluan Ampang menghala ke Terminal Bandar Tasik Selatan (TBS).

“Semasa kejadian van itu dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah kilang di USJ 1, Subang Jaya,” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.