fbpx
Now Reading
Sebiji Plash Speed! Lelaki Upah ‘Juruteknik’ Konon Tukar Router Tapi Sebenarnya PS5 Kerana Takut Dimarahi Isteri

Sebiji Plash Speed! Lelaki Upah ‘Juruteknik’ Konon Tukar Router Tapi Sebenarnya PS5 Kerana Takut Dimarahi Isteri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Memang gila-gila penangan Playstation 5 (PS5) ini kepada kaum lelaki. Baik kanak-kanak sampailah ke orang dewasa, perasaan apabila memiliki permainan konsol ini umpama anda sudahpun memiliki seluruh dunia.

Namun tidak semua mampu memilikinya, sama ada disebabkan faktor ekonomi, susah dapat stok di tempat anda atau yang paling dahsyat, takut dimarahi pasangan atau isteri!

Perkara-perkara sebegini kemudian menjadi ilham kepada pereka animasi di Korea sehingga terhasilnya animasi pendek Plash Speed yang mengisahkan seorang lelaki yang sanggup menipu isterinya dengan mengupah juruteknik kononnya dia sedang memasang Router bagi melajukan capaian internet dirumah sebaliknya ia adalah permainan konsol PS5.

Namun siapa sangka, teraspirasi dengan animasi ini, seorang lelaki dari Vietnam telah menggunakan pendekatan sama bagi memastikan impiannya memiliki PS5 tercapai.

Dia difahamkan telah mengaburi mata isterinya dengan menyatakan PS5 yang dibeli hanyalah jenis router baru.

Bagi menjayakannya dia turut meminta jurujual konsol tersebut untuk menyamar menjadi seorang juruteknik bagi memasang ‘router’ tersebut di dalam rumahnya.

Kisah tersebut kemudian tular di grup Facebook, Playstation Viet Nam sebelum mula mendapat perhatian grup grup gamer dan portal-portal digital.

‘Juruteknik’ siap beri kerjasama

Yang menariknya juruteknik tipu tersebut turut dilihat memberikan kerjasama dengan menggunakan uniform umpama seorang juruteknik selain turut menampal pelekat ‘hotline’ dipercayai milik syarikat telekomunikasi di sebelah kanan PS5 tersebut seolah menampakkan ia adalah router sebenar.

Kisah tersebut nyata menghiburkan orang ramai malah tidak menyanka apa yang berlaku didalam animasi berkenaan berlaku di dunia nyata.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.