fbpx
Now Reading
Seronok Sangat Habis SPM, 63 Pelajar Disaman Selepas ‘Berpesta’ & Beraksi Di Jalan Raya

Seronok Sangat Habis SPM, 63 Pelajar Disaman Selepas ‘Berpesta’ & Beraksi Di Jalan Raya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Gara-gara terlalu seronok, 63 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baharu sahaja menamatkan peperiksaan berkenaan ditahan dan dikenakan saman dalam satu operasi khas (pengubahsuaian ekzos dan pemantauan calon SPM) di Dataran Klebang, Melaka.

Dalam kejadian petang semalam, kesemua mereka difahamkan baru sahaja selesai menghabiskan kertas terakhir mereka sebelum meraikannya dengan menunggang motosikal secara berkumpulan sehingga difahamkan telah mengganggu ketenteraman awam di dua lokasi iaitu di Dataran Klebang dan Pantai Puteri.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya, sebahagian besar dari mereka yang ditahan telah melangar beberapa kesalahan jalan raya.

Difahamkan kesalahan yang dilakukan ialah tidak mempamer lesen P dan L, iaitu sebanyak 21 kes, diikuti aksesori tidak sempurna (17) dan ubah surau ekzos (enam).

“Kejadian yang sama pernah berlaku sebelum ini melibatkan calon SPM 2019 dan aksi semsang jalanan mereka kononnya menyambut ‘kebebasan’ itu turut tular di media sosial.

“Jadi, pada tahun ini pasukan kami telah bersiap sedia dan hasil pemantauan di lokasi sasaran berjaya mengesan kumpulan calon SPM ini dengan seramai 63 telah disaman atas pelbagai kesalahan di bawah Pol 257,” katanya dipetik dari Kosmo.

Malah terdapat beberapa lagi kesalahan yang dilakukan mereka antaranya tiada insuran, kegagalan brek berfungi dan banyak lagi.

“Kita turut mengeluarkan lima saman masing-masing bagi kesalahan ubah suai struktur atau peralatan, tidak memakai topi keledar, dan tiada nombor pendaftaran.

“Manakala tiga saman dikeluarkan bagi setiap kesalahan tiada lesen, nombor plat tidak ikut pendaftaran, tiada perlindungan insuran, brek tidak berfungsi, nombor fancy, tiada cermin sisi dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh,”katanya lagi.

Difahamkan sepanjang operasi terebut sejumlah 92 saman telah dikeluarkan selain pihaknya turut menyita 14 buah motosikal pelbagai jenis yang kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk tindakan lanjut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.