fbpx
Now Reading
Kes Lastik Anjing Selesai, Pemilik Tarik Balik Kes, Posmen Bakal Kembali Bertugas

Kes Lastik Anjing Selesai, Pemilik Tarik Balik Kes, Posmen Bakal Kembali Bertugas

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekitar penghujung Februari lalu, media sosial hangat hangat memperkatakan mengenai isu seorang seorang posmen yang melastik seekor anjing menggunakan getah sehingga cedera di Kluang, Johor.

Isu ini kemudian menarik perhatian pelawak dan aktivis Shahrol Shiro, yang kemudiannya telah membuat inisiatif menemukan kedua-dua pihak sebelum mereka akhirnya berbaik dimana pemilik, pasangan Siva dan Magesh sudi memaafkan posmen tersebut yang dikenali dengan nama Dollah.

Menerusi instagramnya, Shahrul turut memuat naik video memperlihatkan mereka duduk semeja dan berbincang dimana Dollah turut dilihat memohon maaf di atas tindakannya melastik anjing berkenaan.

Terbaru, Shahrul menerusi perkongsian di laman Instagramnya memaklumkan kes berkenaan sudahpun selesai selepas Siva dan Magesh menarik kembali laporan polis yang dibuat terhada Dollah.

Kes sudah selesai, siap ‘ngeteh’ bersama

“Dapat call dari Mr Siva dan Pn Magesh ajak ngeteh. Saya pun on jer. Sampai kat sana Dollah dan isterinya pun ada sekali.Mesra sekali diorang berbual” tulis Shahrol.

Posmen akan kembali bertugas

Lebih manisnya, pelawak itu turut memaklumkan Dollah akan kembali bertugas selepas beberapa minggu digantung perkhidmatannya.

“Mr Siva telah menarik balik kes dan tak lama lagi Dollah akan kambali bertugas.Syukur alhamdulillah.

“Hadiah yang bernilai tak semestinya terbungkus indah.Terkadang tuhan bungkus dengan masalah.Tapi dalamnya penuh hikmah dan barakah”

Dijengah ke runagan komen, rata-rata pengikut mengucapkan terima kasih kepada Shahrol di atas inisiatifnya.

Malah ramai turut memuji sifat pemaaf Siva dan Magesh yang sudi memaaafkan posmen bereknaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.