
Influencer Didakwa Bawa Geng Belasah Orang Hanya Kerana Futsal? [Video]
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Hari ini laman Twitter hangat selepas seorang pengguna mendakwa seorang influencer terkenal memukul seorang lelaki di sebuah padang futsal.
Menurut pengguna Twitter terbabit, Bakhtiar Ikhwan, ekoran dari kejadian berkenaan, mangsa sudahpun membuat laporan polis.
Menerusi posting sama dia turut memuat naik salinan repot dan foto memperlihatkan muka mangsa yang dipenuhi darah dipercayai selepas dipukul.
Ajak 5 buah kereta semata-mata nak pukul seorang lelaki
Menerusi salinan repot tersebut, difahamkan semuanya bermula selepas mangsa meleraikan pergaduhan membabitkan influencer terbabit bersama seorang lagi lelaki yang difahamkan bernama Firdaus.
Keadaan kemudian reda sebelum influencer berkenaan pulang sebelum sekali lagi datang ke tempat berkenaan bersama sekumpulan kawannya yang difahamkan terdiri dari 25 orang dengan menaik 5 buah kereta.
12 Pukul 1 orang

Menerusi repot sama, 12 orang dari mereka kemudian mengelingi mangsa sebelum memukulnya menggunakan tangan dan kaki selain walkie talkie. Tambahnya dia turut melihat senjata jenis kerambit di sana.
Malah video sewaktu kejadian turut dikongsikan beberapa pengguna lain sebelum ianya dimuat naik individu terbabit di bebenang yang sama.
Haih kesian wife Rahimie. Kepala dia bocor kena 8 jahitan 😅 https://t.co/XwWzgI0GUK
— Bakhtiar Ikhwan (@bakhhhhhhhh) March 6, 2021
Terkejut dengan insiden berkenaan, ramai berharap kesemua mereka disiasat. Malah ramai berharap perkara ini dapat didengari dari dua pihak memandangkan memukul adalah satu kesalahan berat .
Ramai juga yang turut tertanya-tanya adakah kumpulan yang menyerang terdiri dari grup influencer terkenal atau hanya seorang sahaja dari mereka yang terlibat.
Pastikan ada tindakan pada 25 orang tu
yang bergaduh tu pondan gila bawak sampai 5 bijik keta nak henjut sorang. bodo gila. Siapa siapa pon tumbang kena henjut sampai 25org. report polis pastikan ada tindakan kat 25 org tu bro. betul perangai tak anak jantan.
— TH (@mtnh03) March 6, 2021
Do all the memeber of Isarb Clan involved in this? Kalau orang lain yang involved selain Isarb Clan, please please jangan kaitkan Isarb in this incident!!
— YB Amin Khan (@minud__) March 6, 2021
— nasi goyeng (@adamaadib) March 6, 2021
Main futsal dgn John Wick ke sampai 25 orang tibai sorang
— NOHANAN (@AnanEdogawa) March 6, 2021
People from Isarb mansion or some other people with hafiz yang datang you up??
— YB Amin Khan (@minud__) March 6, 2021
Apa-apa pun sama-sama kita tunggukan penjelasan dari pihak berkuasa dan juga dari pihak di sana.