fbpx
Now Reading
Bergaduh Di Gelanggang Futsal, 12 Individu Termasuk Youtuber Ditahan

Bergaduh Di Gelanggang Futsal, 12 Individu Termasuk Youtuber Ditahan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Sejak semalam tular beberapa rakaman insiden pergaduhan di sebuah gelanggang futsal di Subang Jaya yang difahamkan melibatkan seorang YouTuber dan rakan-rakannya.

Menerusi video tersebut dan info yang tular dimedia sosial, sekumpulan individu yang terdiri dari 10 orang lelaki dilihat menyerang seorang lelaki difahamkan akibat salah faham sewaktu perlawasan persahabatan berlangsung.

Terbaru, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman memaklumkan seramai 12 individu termasuk Youtuber  terbabit sudahpun ditahan dalam dua serbuan di sekitar Lembah Klang sekitar jam 1 pagi tadi.

“Tangkapan pertama membabitkan tujuh lelaki berusia 18 hingga 28 tahun,manakala tangkapan kedua pula membabitkan lima lelaki berusia awal 20-an,” katanya.

“Seorang Youtuber yang terbabit dalam kejadian itu turut ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

“Polis akan memohon perintah reman esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Harian Metro.

Direman satu hari

Menerusi laporan baru dari Harian Metro, kesemua mereka sudahpun dikenakan tahanan reman selama sehari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Turut dikompaun langgar SOP PKP

Selain itu mereka juga berdepan tindakan kompaun RM1,000 kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan.

“Mereka yang ditahan akan dikenakan kompaun RM1,000 kerana didapati melanggar SOP iaitu tiada penjarakan fizikal.

“Pada masa sama, semua suspek berkenaan direman selama sehari (hari ini) untuk siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya dipetik dari Harian Metro

Abdul Khalid sebelum ini menerusi satu kenyataan media menjelaskan perselisihan faham bermula apabila selepas seorang remaja berusia 19 tahun melakukan terjahan keras terhadap seorang lelaki berusia 22 tahun ketika perlawanan berlangsung.

Ia bagaimanapun berjaya dileraikan seorang lelaki berusia 29 tahun sebelum mereka berdua berdamai.

Antara video yang tular

Namun setengah jam kemudiannya lelaki berkenaan yang hanya berniat membantu meleraikan pergaduhan telah diserang sekumpulan lelaki.

“Berlaku perselisihan faham dan pergelutan antara remaja dan lelaki itu sebelum seorang lelaki berusia 29 tahun daripada pasukan remaja berkenaan cuba meleraikan pergaduhan.

“Namun, lelaki yang cuba meleraikan pergaduhan itu dipukul kira-kira 10 individu,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurut beliau lagi kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Ekoran dari kejadian tersebut mangsa yang teruk dibelasah mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan muka. Menerusi info yang dikongsikan isteri mangsa di media sosial, mangsa kemudiannya terpaksa menerima 8 jahitan di bahagian muka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.