
Cara Tukar Jumlah Pengeluaran I-Sinar KWSP
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Umum pasti mengetahui bermula hari ini, 8 Mac 2021 ahli akan diberikan kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permohonan.
Antara pindaan yang dimaksudkan adalah jumlah amaun yang dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i-Sinar Online.
Berbanding dengan sebab-sebab lain, kami yakin ramai yang lebih ingin tahu cara membuat pindaan jumlah pengeluaran bukan?
Jadi ikuti langkah-langkah yang kami tunjukkan di bawah :
#1 Lawat ke laman web isinar.kwsp.gov.my dan pilih “Pindaan Pengeluaran”. Baca nota penting dan tekan “OK”.
#2 Masukkan info seperti nombor kad pengenalan dan nombor telefon. Setelah itu, isikan nombor OTP yang dihantar ke telefon untuk pengesahan.

#3. Tanda pada kotak . Lengkapkan info seperti nombor telefon serta alamat surat-menyurat jika ingin membuat pindaan maklumat.

4. Tandakan pada kotak “Amaun dimohon”. Pilih jumlah amaun bahagian “Amaun Pilihan Baharu” yang ingin dipinda. Pastikan anda memuat keputusan tepat kerana pindaan pengeluaran hanya boleh dilakukan sekali sahaja.
Pastikan anda membaca terma dan Perakuan. Selesai semuanya, tandakan kotak pengesahan maklumat dan tekan “Teruskan”.

Selesai!
Permohonan kelulusan bagi pindaan pengeluaran anda akan diproses dalam tempoh 5 hari bekerja.