fbpx
Now Reading
KKMM Sedang Siapkan Kertas Kabinet Undang-Undang Anti Buli Siber – Menteri

KKMM Sedang Siapkan Kertas Kabinet Undang-Undang Anti Buli Siber – Menteri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Umum pasti mengetahui gejala buli siber di dalam negara semakin lama semakin membimbangkan.

Situasi ini jika tidak dibendung, pasti akan menjadi ancaman kepada masyarakat memandangkan buli siber lebih bahaya impaknya berbanding buli secara fizikal kerana ia boleh dilakukan sesiapa saja tanpa kawalan di alam internet.

Malah, satu yang harus diakui, meskipun negara kita mempunyai undang-undang berkaitan keselamatan siber, ianya tidak khusus dalam menangani isu buli siber berbanding undang-undang berkenaan yang sudah dikuatkuasakan di beberapa negara jiran seperti Singapura (The Protection from Harassment Act (POHA) ) dan Filipina (Anti CyberBullyingAct of 2015)

Dan akibatnya, sudah berlaku beberapa kejadian menyayat hati seperti kejadian bunuh diri yang berlaku di Pulau Pinang pada tahun 2019 membabitkan seorang gadis selepas teman lelakinya mengugut untuk memuat naik foto peribadinya ke laman sosial.

Malah pada tahun lalu, seorang gadis berusia 20 tahun telah bertindak menggantung dirinya kerana tidak tahan di buli dan dicemuh dalam laman sosial hanya kerana memuat naik video tiktok.

Sadis bukan?

Namun kali ini tidak lagi, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) difahamkan sedang menyiapkan Kertas Kabinet berkaitan undang-undang antibuli siber.

Perkara itu dikongsikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah menerusi sidang media khas sempena Setahun Malaysia Prihatin.

“Kita seharusnya bersiap sedia (dengan undang-undang) kerana keadaan boleh menjadi lebih teruk.

“Malah, definisi kesalahan jenayah buli siber masih belum ditetapkan, jadi kita harus menyiapkan satu draf,” kata Saifuddin.

Tambahnya satu kaji selidik yang dilakukan Universiti Multimedia (MMU) mendapati hampir 85 peratus responden menyatakan bahawa perlunya satu undang- undang khusus bagi membendung kes-kes antibuli siber.

Lebih mengejutkan menurut beliau, terdapat sebilangan besar orang yang turut tidak tahu di mana untuk melaporkan kejadian buli siber.

Kredit Foto : Full Spectrum Education

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.