fbpx
Now Reading
Tanggal Gelang & Rantai Emas, MK K-Clique Keluar Ikut Jemaah Tabligh

Tanggal Gelang & Rantai Emas, MK K-Clique Keluar Ikut Jemaah Tabligh

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Cukup terkenal dengan gaya ‘bad boy, rapper dari kumpulan K-Clique iaitu MK sering menerima kecaman orang ramai kerana dia kerap dilihat mengenakan aksesori rantai dan gelang emas.

Namun siapa sangka nama MK menjadi buah mulut orang ramai selepas tular di media sosial penampilannya yang dilihat tanpa gelang dan ramai emas malah lebih mengejutkan apabila dia fahamakn mengikuti kelas bersama jemaah tabligh.

Menerusi foto tersebut, MK atau nama betulnya Muhammad Hairi Amin Hamdan dilihat bersama beberapa rakan bergambar bersama pendakwah, Maulana Helmi.

Menerusi laporan mStar, pengurus MK, Kie Razid memaklumkan rapper tersebut berkampung di Jerantut, Pahang selama tiga hari bagi mendalami ilmu agama.

“Dia sendiri yang nak sertai kelas agama itu. Sepanjang tempoh tiga hati itu dia mengikuti pengajian asas agama termasuklah buat aktiviti sunnah seperti menunggang kuda dan makan dalam dulang beramai-ramai.

“Kalau tengok foto dikongsikan, dia nampak seronok. Dia juga tanggal gelang dan rantai semua. Beberapa hari ini dia tak aktif di media sosial nak fokus dengan kelas. Alhamdulillah, benda baik kita sokong, apa yang penting niat dia untuk berubah,” katanya kepada mStar.

Perkara sama turut dikongsikan beberapa pengguna di laman Instagram.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.