fbpx
Now Reading
Buat Live Sampai 3 Pagi Demi Jual Baju, Makcik Ini Menangis Terharu Selepas Pembeli Borong 100 Helai Baju

Buat Live Sampai 3 Pagi Demi Jual Baju, Makcik Ini Menangis Terharu Selepas Pembeli Borong 100 Helai Baju

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Mencari rezeki sebenarnya bukan satu tugas mudah. Namun jka ianya seiring dengan usaha, ditambah dengan kesabaran dan tawakal, inshaAllah segala penat lelah pasti akan terbalas akhirnya.

Buat para peniaga pula, dengan keadaan ekonomi sebegini ramai dilihat mula beralih dengan menggunakan medium online bagi memastikan perniagan mereka terus lancar.

Antara kaedah yang banyak dipraktikkan adalah dengan menjual secara live dan melakukanannya berjam-jam lamanya didepan skrin telefon. Meskipun sukar, dan memenatkan ia tetap diteruskan demi kelangsungan hidup.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang penggunanya Norazman Mohd Nor, telah borkongsi kisah seorang wanita yang merupakan peniaga barangan  bundle yang begitu sebak dan terharu selepas jualannya mendapat sambutan secara tiba-tiba oleh orang ramai.

Menurut Azman, wanita berkenaan yang memgbahasakan dirinya ‘mak’ dilihat mula sebak selepas FB live yang dilakukannya tiba-tiba ditonton lebih dari 100 seorang berbanding hari-hari sebelumnya

Dia yang sebelum ini selalu bersiaran langsung melalui Facebook di group Terbaik E-Store sehingga lewat malam lebih sebak selepas ada pembeli yang membida baju-baju bundle yang dijualnya dengan harga RM1 itu sebanyak 100 helai.

Ternyata niat si pembida hanya untuk membantu warga emas berkenaan. Mereka kemudian memintanya untuk menjual kembali pakaian berkenaan dan mengambil wang dari baju yang sudah terjual ‘tadi’.

Wanita tersebut yang terharu bagaimanapun enggan membuat demikian sebaliknya memilih untuk menyedekahkan baju berkenaan ke tempat yang mungkin memerlukan.

Namun siapa sangka, disebalik rasa terima kasih dan terharu selepas mendapat sokongan dari orang ramai, Norazman memaklumkan makcik tersebut berasa sedih selepas ada yang salah anggap mengenai perkataan ‘help’ yang ditulisnya sebelum bersiaran seolah meminta bantuan sedangkan dia langsung tidak memaksudkannya.

Help bukan minta sedekah

Sebaliknya ayat ‘help’ tersebut adalah untuk ‘menyeru’ orang ramai untuk menonton siaran langsung yang dilakukannya

‘Mak’ turut jual nasi lemak

Selain meniaga bundle mak atau nak betulnya Rosidah Ahmad turut mengambil upah buat nasi lemak untuk disedekahkan di masjid dan surau di kawasan berhampiran rumahnya.

Apa yang pasti semangat warga emas ini harus dicontohi semua orang. Mak bukan sahaja rajin berniaga pakaian bundle malahan dia jugat tidak lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang manusia untuk membantu orang yang lebih memerlukan.

Buat anda yang ingin menonton secara live mak menjual barangan bundlenya boleh la ke group Terbaik E-Store itu. Mana tahu ada rezeki berjumpa beliau bersiasaran secara live disana.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.