fbpx
Now Reading
Elak Rakan Terkantoi, Geng Grup Myvi Usaha Keras Yakinkan Wanita Harga ‘Trade In’ Rim Enkei Suaminya Murah

Elak Rakan Terkantoi, Geng Grup Myvi Usaha Keras Yakinkan Wanita Harga ‘Trade In’ Rim Enkei Suaminya Murah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Boleh dikatakan antara hobi yang menjadi pilihan kebanyakan orang lelaki adalah membabitkan jentera enjin seperti kereta.

Malah ramai yang sanggup menghabiskan wang ringgit, tenaga dan masa hanya untuk mencapai kepuasan khususnya mereka yang gemar mengubah suai kereta.

Namun bukan semua orang tahu hobi sebegini boleh memakan belanja yang agak besar lagi-lagi dalam mendapatkan barangan dari jenama-jenama ternama.

Sama seperti seorang wanita ini yang tertanya-tanya berapakah kos yang dikeluarkan suaminya untuk mendapatkan rim jenama Enkei selepas trade in rim tayar standard 1.5 AV miliknya.

Dia kemudian bertanyakan soalan tersebut kepada ahli-ahli di dalam sebuah grup FB, Myvi 3rd Generations Club Malaysia.

“Suami saya cakap tambah RM100 je.. betul ke? ”

Meskipun tidak dapat dipastikan apakah motif sebenar wanita tersebut bertanya, sebilangan ahli dilihat cuba menjawab soalan wanita berkenaan namun dalam masa sama cuba menyelamatkan si suami.

Hasilnya anda boleh puluhan jawapan dari ahli grup berkenaan yang cuba menyelamatkan si suami antaranya dengan menyatakan suami wanita tersebut betul-betul bertuah kerana dapat membeli sport rim berkenaan pada harga yang sangat ‘murah’

Ada juga segelintir yang membalas pertanyaan wanita itu dengan meninggalkan komen lucu seperti terdapat banyak promosi ketika ini.

Malah anda juga mendakwa rim berkenaan milik mereka dan dijual secara murah kepada si suami.

Jom baca komen-komen menarik tersebut di bawah :

Sekarang banyak promosi

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.