fbpx
Now Reading
Honda City RS e:HEV Mula Dijual Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM106,000

Honda City RS e:HEV Mula Dijual Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM106,000

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekitar Oktober tahun lalu, Honda telah melancarkan Honda City generasi ke-5 untuk pasaran tempatan.

Hadir dengan empat varian, S, E V dan varian RS e:HEV, Honda bagaimanapun hanya mengumumkan harga bagi tiga varian petrol iaitu S (RM74,191.27) E (RM81,664.82) dan V (RM86,561.45) dan dijangka mengumumkan harga varian e:HEV iaitu RS pada Januari 2021.

Namun disebabkan PKP yang kembali dilaksanakan, mereka terpaksa menangguhkan pengumuman harga model berkenaan.

Akhirnya selepas hampir 2 bulan menanti, hari ini  Honda sudah pun mengumumkan harga rasmi untuk varian terbaru Honda City RS e:HEV berkenaan iaitu pada harga RM105,950.45 termasuk pengecualian cukai SST hingga 30 Jun 2021.

Honda City RS ialah model yang dijana rangkaian kuasa Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) pacuan elektrik, hibrid dan enjin dengan kuasa 108PS dan tork paling tinggi dalam kelasnya iaitu 253.

RS semenjak pelancarannya dijangka akan menjadi ‘game changer’ dalam segmen-B dimana pecutan begitu berkuasa dan lancar setanding kereta Segmen C dan D.

Dijana enjin Intelligent Multi-Mode Drive i-MMD dengan kuasa enjin 98hp serta kuasa motor 108hp dan tork  253Nm disamping padanan e-CVT semenangnya harus diberikan perhatian.  

Yang paling mencuri tumpuan pastinya design luaran RS yang begitu garang dengan gril hitam berkilat,  lip depan bercorak karbon dan diffuser pada bampar belakang sekaligus memberikan imej sporty dua-tona bagi warna badannya.

Ia juga dilengkapi lampu utama LED baru dengan DRL LED, lampu kabus serta lampung belakang LED dan rim aloi 16-inci dua-tona.

Selain itu, varian tertinggi City ini juga merupakan kereta tercanggih yang pernah Honda Malaysia tawarkan memandangkan ia merupakan model sulung yang hadir dengan dua teknologi Honda iaitu Honda Sensing dan Honda Connect.

Honda Connect merupakan sebuah sistem telematik pintar yang membolehkan pengguna berhubung dengan kenderaan mereka menerusi aplikasi telefon bimbit.

Antara fungsinya meliputi diagnostik kenderaan, aplikasi kawalan jauh, aplikasi keselamatan, pengesanan kenderaan dan servis sokongan .Teknologi ini dicipta hanya untuk satu tujuan iaitu membolehkan pemilik kereta sentiasa terhubung 24 jam untuk memastikan keselamatan dan kemudahan mengendalikan kereta.

Bagi ciri pemanduan keselamatan pula, Honda menawarkan Honda Sensing yang terdiri dari beberapa fungsi-fungsi seperti:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Lane Keeping Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Auto High-Beam (AHB)

Sebagai rujukan Kereta Honda City RS e:HEV ini hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Passion Red Pearl, Modern Steel Metallic dan Platinum White Pearl.

Untuk menempah anda boleh ke laman web prebook.honda.com.my atau kunjungi bilik pameran Honda yang berdekatan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.