fbpx

Terkantoi Tengah ‘Projek’ Dalam Kereta, Lelaki Pandu Alza Nekad Heret Polis Demi Selamatkan Diri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Sejak awal pagi tadi, tular satu video di media sosial yang dikongsikan seorang pengguna Twitter, @MirzaAmirin memperlihatkan aksi mencemaskan sebuah Perodua Alza sedang mengheret seorang anggota polis di tempat letak kereta sebuah restoran makanan segera Seksyen 9 di Bandar Baru Bangi.

Menerusi video dan status pengguna tersebut, Perodua Alza berkenaan dilihat cuba melarikan diri selepas ditahan oleh beberapa anggota polis kerana disyaki berdua-duaan didalam kereta mereka di kawasan berkenaan.

“Projek kat parking McD, kantoi pulak”

Engan menyerah selepas dikepung beberapa anggota polis, pemandu Alza terbabit kemudian mula mengundurkan kenderaanya sebelum terlanggar sebatang tiang di kawasan parkir tersebut.

Seorang anggota polis kemudian dilihat memanjat bonet kereta berkenaan dalam cubaannya untuk menghalang pemandu terbabit dari melarikan diri.

Namun kehadirannya di atas bonet berkenaan tidak dihirau pemandu terbabit sebaliknya dia trus meluncur laju meninggalkan kawasan parkir berkenaan.

Anggota polis lainnya serta orang awam dipercayai pekerja restoran makanan segera itu kemudiannya cuba menghalang pemandu berkenaan dan menyelamatkan anggota polis yang masih tersangkut di hadapan kereta berkenaan namun tidak berhasil.

Namun difahamkan mereka berjaya mendapatkan no plat kereta tersebut dan info mengenai pemiliknya yang difahamkan berasal dari Semenyih.

Sudah ditahan pihak polis

Petang tadi, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan pihaknya sudahpun menahan mereka yang berada didalam kereta Alza tersebut iaitu dua remaja berusia 19 dan 20 tahun bagi membantu siasatan.

“Anggota terbabit menghampiri kereta berkenaan dan cuba membuat pemeriksaan dengan menyuluh ke dalam serta mengetuk cermin kereta berkenaan dan mendapati seorang lelaki dan perempuan berada di dalam kenderaan itu.

“Sebaik sahaja polis mengarahkan pasangan itu keluar, suspek lelaki yang berada di tempat duduk pemandu bertindak memecut kereta dengan melanggar motosikal serta anggota yang berada di hadapan kenderaan mereka,” kata Mohd Zaid.

Anggota polis terpaksa berpaut pada depan kereta sejauh 150meter

Tambah Zaid, anggota yang berada di hadapan kereta itu terpaksa berpaut dalam keadaan kereta yang masih bergerak dengan jarak kira-kira 150 meter sebelum suspek berjaya memecutkan kenderaannya ke arah Jalan Persiaran Jaya Bandar Baru Bangi.

Ekoran kejadian tersebut salah seorang anggota polis berkenaan kini mengalami kecederaan ringan selain motosikalnya rosak.

Difahamkan polis bberjaya menjejak pasangan tersebut berdasarkan nombor pendaftaran kenderaa sebelum menahan mereka.

“Kita akan membawa mereka ke Mahkamah Bandar Baru Bangi pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman,” tambahnya lagi.

Difahamkan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh serta Seksyen 186 kanun sama kerana dengan sengaja menghalang tugas anggota polis.

Selain itu mereka juga akan disiasat  mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana mencederakan kepada penjawat awam.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.