fbpx
Now Reading
Twitter Kini Uji Perkongsian Foto Dengan Resolusi Tinggi Sehingga 4K

Twitter Kini Uji Perkongsian Foto Dengan Resolusi Tinggi Sehingga 4K

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berita baik buat pengguna Twitter khususnya penggiat seni lukisan dan fotografi, Twitter hari ini mengumumkan akan memulakan ujian untuk membolehkan penggunanya berkongsi serta melihat media di Twitter dengan kualiti yang lebih baik.

Yang menariknya ciri ini bakal membenarkan pengguna OS dan Android yang terpilih untuk memuat naik foto berkualiti tinggi sehingga resolusi 4k.

Jadi mereka yang terpilih akan melihat ciri tersebut melalui tetapan di data usage iaitu : Settings and Privacy > General > Data Usage.

Menerusi tetapan tersebut pengguna juga diberi pilihan :

  1. untuk menutup ciri tersebut
  2. mengaktifkannya semasa menggunakan wifi sahaja atau
  3. mengaktifkannya semasa menggunakan dan dan WiFi

Selain itu mereka juga sedang menguji ciri yang dapat mengekalkan orientasi asal foto sama ada dalam bentuk potrait (menegak) atau landscape (melintang)

Foto menegak (potrait)

Foto melintang (landscape)

Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai penggunanya khususnya penggiat seni lukisan dan fotorgrafi meskipun Twitter tidak memaklumkan bila semua pengguna akan dapat menggunakan fungsi ini.

Dalam masa ada juga segelintir yang turut meminta Twitter untuk menambahbaik kualiti video yang dikongsikan di platform mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.