Gelanggang Rasmi JDT, Stadium Sultan Ibrahim Dinobat ‘Stadium Of The Year 2020’
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan bahawa mereka berada pada kelas tersendiri di serantau Asia selepas gelanggang rasmi mereka, Stadium Sultan Ibrahim dinobat sebagai ‘Stadium Of The Year 2020’.
Stadium Sultan Ibrahim yang bernilai RM200 juta dan terletak di Iskandar Puteri ini dipilih sebagai pemenang untuk kategori undian awam selepas menerima 64,240 mata bagi undian yang dianjurkan laman StadiumDB.com yang berpaangkalan di Polang.
Menerusi kenyataan yang dikongsikan akaun Facebook rasmi kelab itu, Johor Southern Tigers, Stadium Sultan Ibrahim berjaya mengatasi Stadium Allegiant di Las Vegas dan Stadium Ahmad bin Ali di Qatar di tempat kedua dan ketiga.
Menerusi laman web StadiumDB.com, daripada 21,821 undian untuk Stadium Sultan Ibrahim, lebih separuh sokongan dari Asia Tenggara khususnya dari Malaysia dan negara jiran.
“Di situlah Stadium Sultan Ibrahim membuat gelombang terbesar tahun lalu, menjadi stadium bola sepak terbaik, stadium pertama dibina tanpa trek larian di Malaysia dan sebuah kelab yang semakin menonjol di peringkat antarabangsa,” menurut Stadium DB.