fbpx
Now Reading
Tak Sesuai Dengan Rakyatnya, Pakistan Kembali Haramkan TikTok

Tak Sesuai Dengan Rakyatnya, Pakistan Kembali Haramkan TikTok

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Mahkamah Tinggi Pakistan semalam memerintahkan aplikasi perkongsian video, Tiktok disekat pengunaannya disana kerana didakwa mengandungi unsur lucah keterlaluan yang tidak sesuai disajikan kepada rakyat tempatan.

Menerusi The Verge, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Peshawar, Qaiser Rashid Khan mengarahkan penyelia telekomunikasi negara itu menyekat aplikasi berkenaan kerana mendapati konten yang terdapat didalamnya ‘tidak boleh diterima masyarakat Pakistan’.

“TikTok perlu dilarang kecuali pegawai mereka mematuhi permintaan dan bekerjasama dengan anda untuk mencegah kandungan tidak bermoral,” kata Hakim Khan.

Suruhanjaya Telekomunikasi Pakistan (PTA) kemudiannya dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya akan cuba memenuhi perintah mahkamah tersebut.

Keputusan tersebut bagaimanapun dibantah oleh pembangun aplikasi TikTok yang mendakwa aplikasi itu mempunyai garis panduannya untuk memantau setiap kandungan yang disiarkan.

“TikTok dibangunkan sebagai medium warga maya mengekspresi daya kreativiti mereka, ia dibina bersama perlindungan yang kuat bagi menjaga kandungan yang tidak sesuai.

“Di Pakistan, kami telah melantik bahagian operasi tempatan dan memiliki mekanisme untuk melapor serta menghapuskan kandungan yang melanggar budaya.

“Kami berharap agar Tiktok dapat terus melayani berjuta-juta pengguna yang telah mendapat saluran untuk serlahkan kreativiti dan keseronokan mereka,” maklum syarikat tersebut dalam satu kenyataan.

Sebagai rekod, TikTok yang mempunyai hampir 33 juta pengguna di Pakistan setakat bulan lepas sebelum ini sudahpun diharamkan pada Oktober tahun lalu.

Namun tidak sampai dua minggu disekat, kerajaan mereka menarik semula larangan berkenaan selepas syarikat pembangun aplikasi itu memberi jaminan kepada kerajaan bahawa mereka akan menyekat mana-mana akaun milik pengguna yang disyaki terlibat dalam menyebarkan konten berunsur maksiat.

Selain Pakistan, India dan Amerika Syarikat sebelum ini sudahpun mengharamkan aplikasi berkenaan digunakan di negara mereka.

Malah aplikasi media sosial China itu sudah menerima tekanan dari beberapa lagi negara di dunia namun pengaruh dan populariti mereka terus meningkat di kalangan anak muda.

Foto :sky

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.