Ulang Tahun Kelahiran Dirai Google, Siapa Sebenarnya Dr Wu Lien Teh Yang Berasal Dari Penang Ini
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Baru-baru ini Google mencuri tumpuan selepas syarikat gergasi IT itu menerusi Google Doodle-nya telah meraikan ulang tahun kelahiran seorang pakar perubatan yang berasal dari Malaysia, Dr Wu Lien Teh.
Pasti ramai tertanya-tanya siapakah tokoh ini dan apakah kehebatannya sehingga ulang tahun kelahirannya turut disambut dan mendapat penghormtan dari Google.
Malah namanya turut kelihatan familiar di kalangan sebahagian dari rakyat Malaysia. Tapi di mana ya???
Ok penduduk utara pasti tahu! Jalan Wu Lean Teh di Ipoh dan Jalan Dr Wu Lien Teh di Pulau Pinang. Pernah dengan bukan?
Nama jalan ini juga diambil bersempena dengan nama pakar perubatan ini.
Pencipta asal topeng pembedahan N95
Buat anda yang tidak tahu, Dr Wu sebenarnya merupakan seorang ahli epidemiologi ternama yang berjaya menyelamatkan dunia dari satu wabak maut sekitar 100 tahun lalu.
Beliau juga merupakan ‘bapa’ atau pencipta asal pelitup muka pembedahan jenis N95 yang banyak di gunakan manusia pada masakini.
Sejarah hidup beliau
Dilahirkan pada tahun 1879 di Pulau Pinang (lebih dari 100 tahun dahulu), Dr Wu yang turut dikenali sebagai sebagai Goh Lean Tuck (Bahasa Minna) dan Ng Leen Tuck (Mandarin) merupakan seorang doktor di Tanah Melayu yang begitu terkenal didalam sektor kesihatan awam.
Merupakan generasi ketiga berketurunan Hakka di Tanah Melayu, ayahnya seorang tukang emas adalah pendatang dari Taishan, China manakala ibunya adalah generasi kedua penduduk Hakka di negara kita.
Membesar bersama 9 lagi adik beradiknya Dr Wu mendapat pendidikan awal di Penang Free School sebelum mendapat tajaan Queen’s Scholarship untuk melanjutkan pelajarannya di Emmanuel College, Cambrigde pada tahun 1894 sekaligus menjadi pelajar berketuruan cina pertama di dunia yang berjaya menamatkan pengajian di dalam bidang perubatan disana.
Selepas beberapa tahun berkelana di UK dan Peranchis beliau kemudiannya pulang ke Pulau Pinang pada 1903.
Berbekalkan ilmu perubatan dari University of Cambridge dan Liverpool School of Tropical Medicine serta latihan industri di hospital terkemuka di London iaitu St Mary’s Hospital beliau kemudia mula menabur bakti kepada penduduk Pulau Pinang yang merupakan sebahagian dari negeri-negeri selat .
Dipanggil ke China Pada 1910 Bantu Manchuria Yang Diserang Wabak Misteri
Segalanya bermula pada tahun 1910, apabila Dr Wu diminta oleh kerajaan China untuk turun ke Harbin, Manchuria bagi mengetuai siasatan satu penyakit misteri yang telah membunuh 95% dari pesakitnya di sana.
Difahamkan penyakit ini merebak dari binatang kepada manusia akibat penggunaan bulu haiwan sebagai pakaian di zaman itu dan dikhuatiri boleh merebak ke Eropah menerusi kereta api trans-Siberia yang membawa penumpang dan barang dagangan dari timur laut China.
Akhirnya penyakit ini dikenali sebagai wabak Manchuria dan berpunca dari bulu marmot (binatang dari spesies tikus) yang menjadi haiwan buruan pada masa itu.
Angka kematiannya seramai 60,000 orang pada ketika itu cukup menakutkan ,namun hasil usaha keras Dr Wu dan pasukannya mereka berjaya menemui solusi bagi mengekang wabak tersebut .
Apakah penyelesaiannya? Iaitu dengan menggunakan topeng perubatan jenis N95.
Kisah disebalik topeng tersebut
Kenapa 95? Kerana topeng muka n95 mampu menapis 95% partikel kecil udara dari masuk ke ruang pernafasan manusia.
Namun kejayaan pasukan mereka tidak datang begitu sahaja, sebelum Dr Wu berjaya menemui jalan penyelesaian ramai pakar perubatan yang sudahpun terkorban baik dari dalam China juga pakar dari Eropah.
Ini kerana ramai tidak menyedari wabak ini sebenarnya tersebar melalui udara (airborne) dan bukannya dari kutu mahupun serangga seperti tanggapan awal mereka.
Berbalik kepada cerita kita tadi, hasil autopsi yang dijalankan beliau dan pasukan perutaban terhadap beberapa pesakit, Dr Wu kemudiannya mencadangkan agar pelitup muka digunakan. Dengan menggunakan pelitup muka pembedahan sedia ada, beliau kemudian mengubahsuainya dengan menambah kain kasa serta kapas sebagai penapis tambahan.
Ciptaannya itu kemudiannya berhasil dimana mereka yang menggunakannya selamat manakala yang tidak mengikutinya kecundang di tengah jalan antaranya pakar terkemuda dari Perancis , Dr Gerald Mesny
Sebagai langkah tambahan, Dr Wu dan pasukannya turut melakukan operasi kuarantin serta melancarkan proses pembasmian kuman di hospital.
Bukan itu sahaja dia kemudian mengarahkan mayat mereka yang mati disebabkan wabak ini dibakar berbanding di tanam. Hasilnya bilangan kes makin berkurangan dan terus menurun.
Tidak sampai beberapa bulan kemudiannya wabak Manchuria akhirnya berjaya dibasmi secara total. Hasil usahanya itu juga dia telah dicalonkan untuk kategori Hadiah Nobel Perubatan pada tahun 1935.
Dr Wu kemudiannya terus menetap di China dan hanya pulang ke Tanah Melayu selepas perang Jepun-China bermula pada 1937. Sekembalinya beliau ke tanah air, Dr Wu kemudian bertugas sebagai GP di Ipoh, Perak dan difahamkan menawarkan servis konsultan secara percuma kepada pesakitnya. Dia menetap di sana untuk satu tempoh yang agak lama.
Namun bagai sudah tertulis, dia kemudian membuat keputusan untuk kembali ke Pulau Pinang sebaik persaraannya pada umur 80 tahun.
Menggunakan tempoh yang ada, Dr Wu menghabis masa lapangnya dengan menghasilkan autobiografi mengenai dirinya sendiri yang bertajuk “Plague Fighter, the Autobiography of a Modern Chinese Physician.”
Namun setahun kemudiannya, pada tanggal 21 Januari 1960, Dr Wu menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya selepas diserang strok.
” Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”