Patutlah Sukar Hamil, Sudah 25 Tahun Hidup Sebagai Wanita, Baru Tahu Sebenarnya Seorang Lelaki

Seorang wanita di timur China yang gagal hamil selepas setahun mencuba begitu terkejut sebelum mengetahui yang dia sebenarnya dilahirkan sebagai seorang lelaki.

Wanita berusia 25 taun itu difahamkan bersifat interseks iaitu memiliki kedua-dua sifat kelelakian dan keperempuanan sama ada dari segi fizikal atau perasaan dan boleh dikategorikan sebagai Disorder Sex Development (DSD).

Hanya tahu selepas jalani rawatan kerana kaki cedera

Perkara berkenaan kebetulan diketahui selepas dia ke melakukan x-ray di hospital bagi mendapatkan rawatan selepas pergelangan kakinya cedera.

Doktor yang mendapati tulang wanita berkenaan tidak berkembang sejak remaja turut menemui yang struktur tulangnya tidak seperti seorang wanita. Doktor kemudiannya baru mendapat maklumat dimaklumkan bahawa dia tidak pernah didatangi haid.

Menerusi laporan AsiaOne,  wanita berkenaaan yang mempunyai alat kelamin wanita sebelum ini tidak pernah memeriksa keadaan dan punca dia tidak didatangi haid kerana malu dan memilih untuk mendiamkannya sahaja.

“Semasa masih kecil, ibu saya telah membawa saya berjumpa doktor dan dia mengatakan bahawa saya hanya mengalami perkembangan yang lebih perlahan daripada kanak-kanak lain secara seksual, doktor itu juga turut menjelaskan bahawa saya akan dapat mengalami haid dalam beberapa tahun lagi.

“Namun apabila sudah dewasa, saya merasakan isu ini sangat memalukan jadi saya tidak menanganinya dengan serius,” kata Pingping, bukan nama sebenar.

Meskpipun menyedari ianya tidak normal wanita ini bagaimanapun sama sekali tidak menyangka masalahnya lebih dari itu.

Gagal dapat bayi sejak setahun lalu

Dia yang menemui pakar endokrinologi di hospital, turut memaklumkan yang dia dan suami sebelum ini sudah berusaha untuk mendapatkan bayi sejak setahun lalu namun masih belum dikurniakan rezeki.

Hasil pemeriksaan  pakar Endokronologi, Doktor Dong Fengqin  kemudian mendapati yang Pingping sebenarnya seorang lelaki. Malah ujian genetik menunjukkan bahawa kariotip, menunjukkan kod 46, XY, corak yang biasanya dijumpai pada lelaki yang mempunyai alat kelamin yang tidak jelas (sama ada lelaki atau wanita).

Lebih membingungkan selepas pakar mendapati dia juga mempunyai masalah lain dimana Pingping bukan sahaja tidak mempunyai ovari dan rahim malah dia juga tidak mempunyai testis dan juga halkum.

“Kami juga tidak menemui testis pada tubuhnya. Mungkin disebabkan dia sudah cukup tua dan testisnya tenggelam dan berhenti membesar,” kata pakar itu lagi.

Meskipun tekanan darah dan kadar kaliumnya sekarang terkawal, pihak hospital bagaimanapun memaklumkan wanita itu masih belum memutuskan jantina mana yang dia inginkan.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

16 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

16 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

16 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

17 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

18 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

19 hours ago