fbpx
Now Reading
“Beauty With Brain” – Tamat Master Dengan Cemerlang, Ramai Puji Hawa Rizwana

“Beauty With Brain” – Tamat Master Dengan Cemerlang, Ramai Puji Hawa Rizwana

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Baru-baru ini pengacara dan pembaca berita, Hawa Rizwana telah memuat naik satu perkongsian mengenai kejayaannya  menamatkan pengajian Sarjana Komunikasi Massa.

Namun keputusan yang dikongsikannya bukanlah biasa-biasa sebaliknya Hawa berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan yang cemerlang iaitu pointer 3.78.

Hawa yang jelas gembira dengan kejayaannya itu meluahkan rasa syukur selepas berjaya menghabiskan empat semester dengan keputusan yang cemerlang.

Tambah Hawa lagi, usaha dan kerja kerja kerasnya selama ini sebagai seorang pelajar separuh masa dalam masa bekerja ternyata berbaloi.

Dijengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah serta memuji Hawa yang tidak mengenal erti putus asa.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.