fbpx
Now Reading
Jual Beli Di Lampu Isyarat, Pembeli Juga Berdepan Saman RM2,000

Jual Beli Di Lampu Isyarat, Pembeli Juga Berdepan Saman RM2,000

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Jika anda perasan, aktiviti jualan di persimpangan lampu isyarat kini semakin popular dan bagai sudah menjadi satu trend di seluruh negara.

Bukan di satu atau dua tempat, sebaliknya aktiviti ini sudah boleh dilihat di pelbagai kawasan utama, satu pemandangan yang sebelum ini hanya dapat dilihat di negara jiran.

Namun tahukah anda aktiviti perniagaan sebegini sebenarnya merupakan satu kesalahan. Bukan sahaja penjual tetapi pembeli juga berdepan saman sehingga RM2,000 jika didapati bersalah berurus niaga di persekitaran  lampu isyarat.

Ini kerana aktiviti perniagaan sebegini akan membahayakan para peniaga malah dikhuatiri melibatkan pengguna jalan raya yang lainnnya.

Sehubungan itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menasihatkan para peniaga agar mencari kaedah lain atau mencari lokasi perniagaan yang lebih selamat.

Selain itu pembeli pula jangan merisikokan diri membeli produk dijual di persimpangan lampu isyarat.

“Menerusi Ops Kesedaran, polis Johor mengenalpasti ada 52 lokasi yang menjadi tumpuan aktiviti perniagaan di persimpangan lampu isyarat di seluruh Johor.

“Mengikut peruntukan undang-undang, bukan sahaja penjual boleh dikenakan tindakan tetapi  pembeli juga boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000,” katanya.

Ayob Khan bagaimanapun menjelaskan pihaknya setakat ini belum menerima laporan terdapat mana-mana insiden kemalangan melibatkan aktiviti perniagaan di lampu isyarat.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim sebelum ini pernah memaklumkan perkara sama dengan menjelaskan perbuatan ini adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Kaedah 10A(1) LN 166/59 iaitu denda sehingga RM2,000

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.