fbpx
Now Reading
Lain Dari Lain, ‘Hamba Allah’ Beri Sumbangan Emas ‘Pulut Dakap’ & Goldbar 999.9 Kepada Masjid

Lain Dari Lain, ‘Hamba Allah’ Beri Sumbangan Emas ‘Pulut Dakap’ & Goldbar 999.9 Kepada Masjid

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai seorang penganut agama islam, kami yakin anda semua tahu bahawa salah satu amalan kebaikan yang paling mendapat ganjaran yang di sisi Allah SWT adalah dengan bersedekah.

Terdapat pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk bersedekah. Anda bukan sahaja boleh memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit malahan anda juga boleh memberikan barangan keperluan, pakaian juga makanan asas seperti beras.

Tidak kurang juga ada yang turut menyumbangkan barangan peribadi termasuk tanah untuk diwakafkan, barangan elektrik dan pelbagai lagi. Diringkaskan, selagi ianya adalah sedekah, semua itu dipandang tinggi.

Namun kisah yang terjadi di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan Pahang ini ternyata menarik perhatian orang ramai dimana seorang individu yang tidak dikenali telah memberikan sedekah berupa emas.

Mari sama-sama kita ikuti perkongsian dari pihak masjid

Assalamualaikum

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seorang penyumbang budiman yang telah bermurah hati menitipkan sumbangan rantai tangan pulut dakap eksklusif 12 gram + dan 1 gram 999.9 ‘goldbar’ kepada kami.

Akan disalurkan untuk keperluan anak yatim

Sumbangan ini akan disalurkan kepada santunan keperluan anak-anak yatim.

Sememangnya dalam suasana ekonomi yang tidak menentu, sumbangan sebegini benar-benar dapat meringankan beban pihak yang sedang diuji dengan kesusahan.

Sekali lagi, terima kasih. Moga kita dapat bergabung lagi pada masa yang akan datang. Semoga Allah memberi ganjaran atas segala kemurahan hati. Amin.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas dapat dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

“Makmurkan Masjid, Berdayakan Umat”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.