fbpx
Now Reading
Jalankan Perniagaan Tanpa Lesen, Pusat Spa Terkenal Di Subang Jaya Diserbu

Jalankan Perniagaan Tanpa Lesen, Pusat Spa Terkenal Di Subang Jaya Diserbu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Baru-baru ini, sepasukan polis dari Cawangan D7 BSJD Subang Jaya telah menjalankan serbuan ke atas sebuah pusat spa terkenal yang terletak di Jalan SS16/1, Subang Jaya Selangor.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan di laman Facebook Polis Daerah Subang Jaya pada 13 Mac lalu, dalam serbuan OPS Noda tersebut, mereka mendapati pusat spa berkenaan telah menjalankan perniagaan tanpa lesen perniagaan yang sah.

Sehubungan itu pihak polis telah mengambil tindakan saman ke atas penjaga premis berkenaan dan telah menahan seorang individu untuk siasatan lanjut.

“Pegawai polis telah minta penjaga premis yang berada di kaunter mengemukakan lesen perniagaan dan telah mengambil tindakan saman ke atas penjaga premis kerana menjalankan premis tanpa lesen perniagaan yang sah.

“Rampasan dan tangkapan ke atas (1) individu untuk siasatan lanjut “ kata kenyataan itu lagi.

Memetik laporan World Of Buzz, sebaik insiden tersebut tersebar, orang ramai mula tertanya-tanya bagaimanakah pusat spa berkenaan boleh menjalankan operasi mereka selama ini.

Lebih menjadi tanda tanya orang ramai kerana lokasi pusat spa tersebut dikatakan terletak di dalam sebuah pusat beli belah di sana.

Namun setakat ini tiada info untuk mengesahkan dakwaan-dakwaan tersebut dan pihak polis difahamkan masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.

Sebagai rekod, D7 adalah Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap, sebuah unit di bawah Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) Polis Diraja Malaysia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.