fbpx
Now Reading
Percaya Pam Secara Perlahan Akan Dapat Minyak Ekstra? Pakcik Shell Buat Ujikaji & Ini Hasilnya

Percaya Pam Secara Perlahan Akan Dapat Minyak Ekstra? Pakcik Shell Buat Ujikaji & Ini Hasilnya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Bergelar seorang pemandu kereta, pasti anda pernah terdengar tips bahawa menekan nozzle secara perlahan sewaktu mengisi minyak kenderaan anda bakal memberikan anda kuantiti minyak yang lebih dari biasa.

Namun sejauh mana kebenaran tersebut tiada siapa yang tahu memandangkan tiada yang pernah membuat ujikaji mengenainya.

Tertarik dengan teori tersebut, Pengarah Urusan Shell Malaysia, Shairan Huzani Husain atau lebih popular dengan panggilan Pakcik Shell tampil membuat eksperimen demi membongkarkan kebenaran ‘teori’ yang digunapakai oleh orang ramai selama ini.

Menerusi laman Instagramnya, Pakcil Shell telah memuat naik satu video memperlihatkan dia melakukan eksperimen untuk menguji ‘teori pam slow dapat minyak ekstra’ berkenaan.

“Betul ke kalau pam slow dapat minya ekstra?”

Menggunakan satu bekas khas, Pak Cik Shell bersama seorang pembantunya telah mengisi minyak dengan kuantiti 10 liter sebanyak dua kali kedalam bekas yang berbeza.

Satunya dengan menggunakan teknik biasa iaitu menekan nozzle secara laju dan tarik penuh ( manakala satu lagi menekan nozzle secara perlahan-lahan (seperti klaim orang ramai)

Dan hasilnya ternyata teori yang digunapakai orang ramai selama ini hanyalah myth dan auta dimana hasil yang ditunjukkan mendapati kedua teknik berkenaan berjaya mendapat minyak sama banyak iaitu sebanyak 10 liter.

Isi perlahan dapat 10liter

Isi laju pun dapat 10 liter

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.