Hanya Tahu Ayah Dah Meninggal Selepas Habis SPM, Video Adik Ini Undang Sebak Netizen [Video]
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Sejak petang tadi, tular satu video sedih memperlihatkan seorang remaja menangis selepas mendapat perkhabaran dari ibunya bahawa si ayah sudah meninggal dunia.
Mula dimuat naik laman Facebook Penang Kini, adik berkenaan yang merupakan seorang seorang calon SPM difahamkan tidak mengetahui berita yang ayahnya sudah meninggal dunia kerana menetap di asrama.
Ibunya difahamkan memilih untuk tidak bercerita kepadanya memandangkan remaja tersebut masih lagi menduduki peperiksaan dikhuatiri berita tersebut akan menganggu emosinya.
Menerusi video tersebut jelas reaksi anak muda berkenaan yang pada mulanya tersenyum bagaimanapun bertukar terkejut sebelum menangis selepas mendapat perkhabaran tersebut.
“Babah mana bu”
Meskipun tiada maklumat lanjut mengenai lokasi dan tarikh video tersebut ianya sudah cukup membuatkan rata-rata netizen sebal.
Ramai yang turut meluahkan rasa simpati mereka kepada remaja berkenaan. Meskipun ada segelintir yang dilihat kurang bersetuju dengan tindakan si ibu, namun mojoriti berpendapat keputusannya merahsiakan berita sedih tersebut adalah tepat bagi memastikan emosi si anak tidak terganggung tenang sewaktu menduduki peperiksaan.
Ada yang turut berkongsikan pengalaman hampir serupa dengan remaja tersebut dan berharap agar adik tersebut dapat menempuhinya dengan sabar.
Apa-apa pum kami mendoakan adik ini dan keluarganya tabah menghadapi dugaan ini. Semoga roh si ayah ditempatkan bersama orang-orang beriman. Takziah dari kami ..