Now Reading
“Ia Jenayah Yang Tidak Boleh Dimaafkan” – Korea Utara Putuskan Hubungan Diplomatik Dengan Malaysia

“Ia Jenayah Yang Tidak Boleh Dimaafkan” – Korea Utara Putuskan Hubungan Diplomatik Dengan Malaysia

Korea Utara hari ini mengumumkan telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Keputusan tersebut difahamkan dilakukan selepas seorang rakyatnya yang menetap di Malaysia, bakal diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk menghadapi tuduhan pengubahan wang haram.

Menurut kenyataan rasmi Kementerian Luar Korea Utara yang disiarkan menerusi agensi berita negara itu KCNA, Malaysia telah melakukan ‘jenayah yang tidak boleh dimaafkan’  yang didakwa dilakukan kerana tekanan AS dengan menghantar rakyat negara mereka yang tak bersalah ke negara Amerika terebut secara paksaan.

“Susulan situasi semasa, Kementerian Luar Korea Utara dengan ini memutuskan untuk menghentikan semua hubungan diplomatik dengan Malaysia, yang telah melakukan tindakan bermusuhan terhadap Korea Utara, atas tekanan Amerika Syarikat.

Menerusi kenyataan sama, rakyat Korea Utara yang diekstradisi itu sebenarnya terbabit dalam aktiviti perdagangan yang ‘sah dari undang-undang’ di Singapura.

“Pada masa ini, pihak berkuasa Malaysia akan menanggung tanggungjawab penuh terhadap kesemua akibat yang bakal berlaku antara dua negara ini,” menurut kenyataan itu lagi.

Terdahulu sekitar 9 Mac lalu, seorang lelaki warganegara Korea Utara yang dikenali sebagai Mun Chol Myong, telah gagal dalam rayuan terakhirnya di mahkamah Malaysia untuk mencabar perintah ekstradisi ke AS bagi menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram.

Kata peguamnya lelaki itu menafikan dakwaan FBI bahawa dia mengetumembekalkan barang terlarang ke Korea Utara dan mencuci dana haram melalui syarikat samaran.

Tambah peguam itu lagi, lelaki berkenaan merupakan mangsa yang terperangkap dalam ketegangan hubungan diplomatik antara Washington dan Pyongyang.

Chol Myong, berumur lingkungan 50-an, menghadapi empat pertuduhan pengubahan wang haram serta dua tuduhan konspirasi untuk membersihkan wang haram, berkaitan dengan pekerjaannya di Singapura.

Kredot Foto Header : Al Jazeera

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.