
Jadi Idaman Para Jejaka, Gadis ‘Biker’ Comel Ini Rupanya Seorang Pakcik 50 Tahun
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Hidup di dunia IT yang serba canggih ini, tidak semua yang anda lihat di Internet adalah perkara yang sebenar.
Begitu juga dengan seorang gadis ‘rider’ cantik dari Jepun ini yang menjadi kegilaan ramai pemuda di sana.
Dengan hanya menayang wajah comelnya semasa melakukan aktiviti ride, Azusagakuyuki, seorang Tweetfamous mampu memiliki pengikut sekitar 20,000 orang khususnya dari kalangan peminat motosikal berkuasa tinggi.
みなさーん٩( ˆoˆ )۶
— 宗谷の蒼氷 (@azusagakuyuki) February 10, 2021
おバイクしてますかぁ✨💖
もうすぐ春ですよ🌷🌼🌸
年齢:昭和の○○○
身長:166
住み:イバラキ🍠
大好き:バイクいじり😘
一言: Life is once, play this world#バイク乗りと繋がりたい #バイク乗りとして軽く自己紹介 pic.twitter.com/t28mZmJ4vg
Namun siapa sangka di sebalik akaun tersebut, gadis ini sebenarnya adalah seorang lelaki yang sudah pun berusia 50 tahun dan gemar menggunakan aplikasi penyuntingan foto Face App.

Identitinya terbongkar selepas ada di kalangan pengikutnya secara tidak sengaja terlihat satu foto yang memperlihatkan lengannya yang kelihatan sedikit maskulin untuk seorang gadis.
Menerusi laporan Dailymail, berita itu kemudiannya sampai ke pengetahuan sebuah produksi program hiburan yang bertindak mencari gadis tersebut.
Dan hasilnya, mereka akhirnya berjaya membongkarkan identiti sebenarnya.
Babak tersebut nyata mengejutkan penonton sebaik ‘gadis’ berkenan membuka helmet dan memperkenalkan dirinya. Yang ada hanyalah seorang pak cik berusia lebih 50an yang dikenali dengan nama Zonggu.
Menurut Zonggu, dia melakukan semua ini termasuk menggunakan aplikasi Faceapp demi mendapatkan pengikut yang ramai di media sosial.
Jelasnya dia menyukai sambutan meriah yang diterimanya dengan menggunakan identiti Azusagakuyuki walaupun terpaksa menipu orang ramai.
