
Mahu Buat ‘Comeback’, Donald Trump Rancang Bangunkan Platform Media Sosial Sendiri
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Umum pasti mengetahui yang bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebelum ini sudahpun disekat sepenuhnya dari menggunakan beberapa platform media sosial popular seperti Twitter, Facebook dan Yotube.
Ianya ekoran dari beberapa perlanggaran yang dilakukan Trump di akaun media sosial yang dikhuatiri mampu mencetuskan keganasan di AS.
Terbaru sebagai usahanya untuk melakukan ‘come back’ di dunia maya, Trump difahamkan sedang dalam peracangan untuk membangunkan platform media sosial miliknya sendiri.
Menerusi laporan CNN, seorang penasihat kempen Trump 2020, Jason Miller, mendedahkan kepada Howard Kurtz dari MediaBuzz yang dimiliki FOX News Channels bahawa platform tersebut dijangka dilancarkan di antara dua ke tiga bulan dari sekarang.
.@JasonMillerinDC said President Trump will be "returning to social media in two or three months" with "his own platform" that will "completely redefine the game" and attract "tens of millions" of new users. #MediaBuzz
— #MediaBuzz (@MediaBuzzFNC) March 21, 2021
Optimis dengan platform tersebut, Miller menjangkakan platform terbaru oleh Trump tersebut akan menarik puluhan juta pengguna yang baru. Jelasnya lagi setakat ini beberapa syarikat pembangun sudahpun bertemu dengan usahawan tersebut bagi membangunkan platform berkenaan.

“Platform baru ini akan menjadi satu ‘perkara’ besar. Semua orang mahukan dia(Trump) dan dia akan membawa puluhan juta orang ke platfom tersebut” katanya lagil.