fbpx
Now Reading
“Memang King” – Myvi ‘Terbang’ Lintasi Longkang Besar Curi Perhatian Netizen

“Memang King” – Myvi ‘Terbang’ Lintasi Longkang Besar Curi Perhatian Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kereta paling laris di Malaysia, Perodua Myvi sering menjadi bualan orang rakyat Malaysia disebabkan kemampuannya ‘beraksi’ di atas jalan raya yang kadang kala sukar difikirkan dengan akal minda manusia biasa.

Disebabkan faktor tersebut, ramai menggelarkan Myvi sebagai ‘king’ di atas jalanraya.

Terbaru, sebuah Myvi putih ditemui mencuri tumpuan ramai selepas dipercyaai ‘terbang’ melintasi sebuah longkang besar di fahamkan di sebuah jalan di Iskandar Puteri Johor Bahru pagi tadi.

Menerusi perkongsian Info Roadblock JPJ/Polis kejadian berkenaan berlaku di Taman Bukti Indah, Iskandar Puteri, Johor Bahru.

Menerusi posting sama, kereta berkenaan dipercayai terbabas dan berjaya melepasi longkang besar yang terdapat di tepi jalan.

Impak dari kejadian menyebabkan pemandu berkenaan tercedera selepas tersepit ekoran kenderaan berkenaan remuk dan hancur di bahagian depan.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan jalanraya melibatkan sebuah kereta jenis perodua myvi. Terdapat seorang mangsa yang tersepit dibahagian pemandu. P

“KO bertindak menyelamatkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas dan mangsa berjaya dikeluarkan lalu diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan selanjutnya.

Kejadian tersebut nyata menarik perhatian netizen dan ramai menyifatkan pemandu Myvi berkenaan berkenaan benar-benar bernasib baik kerana tidak jatuh ke dalam longkang. kerana jika ia berlaku, pasti impaknya lebih teruk.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.