fbpx
Now Reading
Beri Keterangan Palsu Untuk Berbulan Madu, Pasangan Instafamous Akan Dikompaun

Beri Keterangan Palsu Untuk Berbulan Madu, Pasangan Instafamous Akan Dikompaun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Baru-baru ini media sosial hangat memperkatakan mengenai pasangan insfamous yang merentas negeri ke Johor Bahru untuk berbulan madu.

Bukan itu sahaja mereka juga secara terang-terangan berkongsi tips dan ‘cara’ untuk merentas negeri bagi mereka yang ingin berbulan madu.

Perkongsian berkenaan yang kemudiannya tular di laman Twitter menaikkan kemarahan netizen memandangkan aktiviti merentas negeri masih belum dibenarkan melainkan atas alasan kukuh dan menerusi kebenaran pihak berkuasa.

Sehubungan itu pihak polis telah memanggil pasangan instamaous berkenaan pada 21 Mac bagi membantu siasatan berhubung isu tular berkenaan.

Bakal dikompaun kerana beri keterangan palsu

Terbaru mereka difahamkan bakal dikompaun kerana didapati memberikan keterangan palsu berkaitan alasan memohon kebenaran rentas negeri.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, hasil siasatan menyeluruh mendapati terdapat keraguan pada keterangan yang diberikan oleh pasangan berkenaan kepada polis pada 20 Mac lalu.

“Oleh yang demikian, polis membuka kertas siasatan terhadap kedua-dua individu terbabit mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Jika disabitkan kesalahan, pasangan ini boleh dikenakan tindakan kompaun sehingga RM10,000,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu mereka juga mendapati pasangan tersebut telah memberikan keterangan palsu berkaitan alasan memohon kebenaran rentas negeri.

“Pasangan ini membuat persiapan awal dengan membuat tempahan hotel lebih awal secara atas talian pada Disember 2020 untuk menyambut ulang tahun perkahwinan pada 17 Mac lalu.

“Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak sesekali menyalahgunakan kebenaran rentas negeri yang diberikan untuk urusan perniagaan, kerja atau pun kecemasan dengan menjalankan program peribadi lain serta bercanggah dengan alasan yang diberikan kepada polis sewaktu memohon pergerakan rentas negeri,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.