fbpx
Now Reading
Isu Gadis Dakwa Kenal Imam Mahadi, Keluarga Tampil Beri Penjelasan & Mohon Henti Kecaman

Isu Gadis Dakwa Kenal Imam Mahadi, Keluarga Tampil Beri Penjelasan & Mohon Henti Kecaman

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Baru-baru ini tular di media sosial pengakuan seorang gadis kononnya dia pernah berjumpa dengan Imam Mahdi yang menurutnya adalah sebahagian daripada keluarganya.

Ciapan tersebut kemudian mula tular dan menjadi sohor di sana menyebabkan wanita tersebut teruk dikecam oleh orang ramai.

Enggan isu berkenaan terus berpanjangan, seorang lelaki, Ihsan Syakirin, yang difahamkan merupakan abang kepada wanita terbabit tampil memohon maaf dan menjelaskan perkara sebenar.

Mental tidak berapa sihat & Menghidap Schizophrenia

Menurut Ihsan, adiknya itu sebenarnya tidak berapa sihat dan menghidap Schizophrenia sejak di bangku persekolahan.

“Assalamualaikum warga Twitter. Selamat petang, maaf mengganggu. Saya selaku abang kepada hamba Allah, Irfah Husniah ingin memohon maaf atas kenyataan adik saya yang mengundang kekeliruan dan salah faham banyak pihak. Dengan merendah diri saya ingin maklumkan Adik saya ini tidak sihat,” katanya.

Sudah cuba pelbagai usaha termasuk berubat

Jelasnya keluarga sudahpun mencuba pelbagai usaha termasuk menghantarnya berubat. Ihsan dalam masa sama memohon orang ramai agar mengentikan kecaman terhadapanya.

“Kami sekeluarga memohon maaf atas kejadian yang berlaku. Adik saya tidak sihat sejak disekolah menengah lagi. Kami sekeluarga dah cuba yg terbaik, hampir setiap minggu bawak pergi berubat. Mohon berhenti kecam adik saya dan report akaun beliau demi jalan penyelesaian yang terbaik

“Kami sekeluarga kerap bawa beliau pergi berubat. Beliau mengalami Schizophrenia sejak sekolah menengah lagi dan hijab beliau memang terbuka. Beliau sering mendengar bisikan2 dan sering histeria semasa zaman sekolah menengah” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.