fbpx
Now Reading
Kes Lemas Kereta Masuk Tasik, Bapa ‘Sakit Lupa’ Masih Cuba Hubungi Anak Yang Sudah Tiada

Kes Lemas Kereta Masuk Tasik, Bapa ‘Sakit Lupa’ Masih Cuba Hubungi Anak Yang Sudah Tiada

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan tragedi menyayat hati dimana seorang wanita bersama ibunya lemas selepas kereta Proton Persona yang dinaiki mereka terjunam ke dalam tasik di Tasik Lake Resort di Serdang, Bandar Baharu.

Menerusi laporan media tempatan, wanita berkenaan, Nor Aiza Hashim yang sudah berada di luar kenderaan bagaimanapun masuk kembali ke dalam kenderaan untuk menyelamatkan ibunya  Hasmah Mat Isa sebelum pintu kenderaan tertutup dan memerangkap kedua-dua mangsa.

Pemergian kedua anak beranak tersebut secara mengejut pastinya meninggalkan kesan yang besar kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Nor Aiza dan ibunya Allahyarhmah Hasmah.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, adik kepada arwah, iaitu Haney Nieza berkongsi kepada orang ramai keadaan ayahnya yang mengalami sakit lupa yang seakan belum menyedari kehilangan dua insan tersebut.

Menurut Haney telefon bimbit arwah kakakny semalam berbunyi secara tiba-tiba sebelum dia mengenal pasti orang yang menghubungi peranti tersebut adalah bapanya.

Tak kuat tengok abah macam ni

Keadaan si ayah membuatkan dia berasa sebak memandangkan ayahnya cukup rapat dan setiap mencari ibu dan kakaknya sebelum ini.

Terdahulu Haney yang juga seorang juru mekap terkenal di utara turut memaklumkan baru mengetahui yang kakaknya sebelum ini pernah berbual dengan seorang rakan sekerjanya menyuarakan hasrat untuk ‘pergi’ bersama ibu mereka dan ternyata perkara tersebut dimakbulkan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.